Wednesday, 18 February 2015
Palanivel Perlu DiPECAT
MIC
Bergelut, presidennya yang juga Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar ugut nak
saman ROS sebab masalah parti yang ditunjanginya.
Apa salah
ROS? Dia buat kerja dier, macam gak dengan DAP .... ROS ambil tindakan yang
sama.
Gua piker Najib
perlu abaikan mamat gila kuasa nie, pecat sahaja dia sebagai Menteri ...
Sebagai
menteri, dia wajar dan bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan
agensi-agensi kerajaan seperti ROS.
Bak kata
kawan haprak aku..... kalau menteri pun tak boleh jaga nama baik agensi
kerajaan, dia sendiri ugut nak saman ROS, macammana nak suruh rakyat dan
masyarakat nak hormati agensi kerajaan yang ada.
#PecatPalanivel.
Monday, 21 July 2014
NegaraKU Hanya Wayang Lama Yang Guna Nama Baru
Guna jer nama lain, tetapi hakikatnya ... tujuan penubuhan NGO
Negaraku ini, wayangnya sama jer macam NGO Bersih ....
Kewujudan NGO Negara-Ku yang baru ditubuhkan oleh Datuk Ambiga
Sreenevasan yang pada beliau, ianya tidak lain hanyalah untuk menyambung
peranan NGO sebelumnya seperti Bersih dan
Interfaith Council (IFC), yang cuba mendesak rakyat menerima pemikiran
liberal yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini
Kononnya NGO yang diberi nama Negara-Ku itu kononnya untuk
memperlihatkan sebagai satu NGO yang patriotik,
bagaimanapun harus diteliti senarai objektifnya yang sebenar termasuk
cabang-cabang matlamat dan objektif dalam kegiatan mereka di dalam negara ini.
Friday, 23 May 2014
AYAM Dari China Bermaharalela Di Jalan Pudu
Ini bukan ChinaTown.....
Ini di Jalan Pudu, tapi gayanya macam dah macam kat negara
China.... `ayam-ayam hidup' bertenggek tanpa di`ancam' penguatkuasaan.
Adakah pihak POLIS atau pihak DBKL dah `buta', memekak telinga
untuk tengok jer apa yang berlaku di kawasan-kawasan segitiga emas nie .....
ayam-ayam nie relax jer meniagakan tubuh badan mereka yang
mengiurkan .....
Adakah business body nie dah dihalalkan di Malaysia ....
Sajer-jer tanya.....
Tuesday, 14 January 2014
Nalla Cabar Anwar Untuk Teruskan Saman Fitnah
Bekas
rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman
fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut
ahli dewan negara itu, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang
perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.
Nala di
dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata, sepanjang
persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya
termasuk yang berbentuk peribadi.
"Mahkamah
adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia
Anwar. Sebab itu dalam perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru.
Nalla berkata beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar untuk
menjadi pemimpin pembangkang. Beliau juga menggesa pemimpin PAS, Datuk Nik
Aziz, untuk mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi
pemimpin islam
"Anwar
Ibrahim adalah seorang biseksual, Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim
yang baik, tetapi saya tidak. Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman),
jika dia adalah orang yang di pihak benar. "
"Dia
boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan
negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara
ini," katanya.
Ekoran
kenyataan itu, pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman
fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang
disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012.
Menurut
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga, beliau tidak gentar
dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.
Saya
tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan
bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang
akhbar semalam.
Dalam
pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan
ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut
terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.
Paling
menarik apabila banyak pihak sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini
hanyalah merupakan gimik dan sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat.
Mereka juga turut melahirkan keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat
akhir.
Malah
apabila diteliti semua tindakan yang dilakukan sebelum ini, ternyata ia
menepati seperti yang diramalkan itu. Contohnya kes saman fitnah Anwar terhadap
tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah
ditarik balik dan direkodkan untuk penyelesaian di luar mahkamah.
Begitu
juga dengan dua saman fitnah yang difailkan olehnya sebelum ini terhadap
Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin turut diselesaikan di luar mahkamah.
Persoalannya
apakah Anwar berani untuk meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia juga akan
ditarik kembali pada saat-saat akhir. Bak kata pepatah ‘Berani Kerana Benar,
Takut Kerana Salah’.
Pemecatan Azmin : Tidak Layak Atau Wujud Konspirasi Terancang
Laporan
penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara topik hangat yang
diperkatakan ketika ini. Ada yang mengatakan keretakan hubungan antara Azmin
dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan punca
kepada pemecatan itu.
Malah
tidak kurang juga yang mengatakan, ia adalah merupakan antara usaha Khalid
untuk memastikan pengaruh politik Azmin dapat dikurangkan. Azmin ketika
dihubungi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu, mengesahkan telah
pun menerima surat mengenainya.
Walau
bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, sebaliknya
menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah
PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.
Polemik
perebutan kuasa antara Azmin dan Khalid bukanlah perkara yang asing khususnya
di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. Malah Azmin sebelum ini
dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.
Kali
terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu
apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun
anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari
2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.
Malah,
sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri
Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada
Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan
pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun,
difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010
lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR
Selangor daripada Abdul Khalid.
Di
kalangan penyokong Azmin, mereka merasakan Menteri Besar Selangor itu dilihat sebagai
lemah dan tidak layak untuk menerajui kerajaan negeri. Manakala di pihak Khalid
pula, mereka melihat Azmin sebagai pengacau kerana cuba memonopoli kepimpinan
PKR.
Mungkin
disebabkan faktor itu juga, Khalid baru-baru ini ada membayangkan akan turut
bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan PKR Mei
ini. Sekiranya tiada calon lain yang berminat untuk menawarkan diri,
pertandingan itu bakal menjadi medan penentu bagi mengukur kekuatan antara
mereka.
Walaupun
ada yang mengatakan Azmin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk
kekal sebagai Timbalan Presiden, namun faktor sokongan Wan Azizah tidak boleh
dipandang ringan. Ini kerana Wan Azizah juga mempunyai ramai penyokong setia
yang jelas tidak berkenan dengan watak dan peribadi Azmin.
Malah
ketika PKR berdepan dengan kemelut untuk melantik Menteri Besar Selangor,
‘suara’ Azizah ternyata berjaya untuk menyingkirkan Azmin. Walaupun menurut
sumber, Anwar sebelum ini telah bersetuju dan berjanji untuk melantik ‘anak emasnya’
itu bagi menggantikan Khalid.
Persoalannya
apakah pemecatan ini disebabkan Azmin memang tidak layak atau sememangnya wujud
campur tangan pihak tertentu untuk menyingkirkannya?
Kalimah Allah: Bila Akan DiAmbil Tindakan Ke Atas Mereka Yang Menghina Mahkamah?
Oktober lalu, Mahkamah Rayuan
membuat keputusan melarang penerbitan majalah mingguan Herald-The Catholic
Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan
itu selepas merumuskan penggunaan kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada
kepercayaan dan amalan agama Kristian.
Bagaimanapun, Pengarang majalah
Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew kemudiannya secara
biadab telah membuat kenyataan bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus
menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.
Kenyataan Andrew bukan sahaja
menghina keputusan Mahkamah Rayuan, malahan turut bercanggah dengan titah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 14 Disember lalu.
Sultan Sharafuddin antara lain
menegaskan, semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar
belakang, perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ‘Allah’
oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian
1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam)
1988.
Hari ini, kemelut kalimah ‘Allah’
menjadi semakin rumit apabila Bible Society Malaysia (BSM) pula bertindak
membelakangkan mahkamah dan menderhaka titah Sultan dengan terus mengedar Bible
Melayu dengan nama ‘Allah’ di dalamnya. Akibatnya, premis BSM telah
diserbu oleh JAIS dan bible tersebut dirampas.
Kejadian ini digunakan sepenuhnya
oleh pihak Kristian untuk menimbulkan gambaran buruk terhadap JAIS, Islam dan
juga kerajaan walaupun apa yang berlaku ialah pihak mereka yang sebenarnya
melanggar undang-undang.
Setiap negara ada undang-undang
dan setiap rakyat wajib akur kepada undang-undang. Undang-undang
dibuat bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal, selain menegakkan
keadilan. Apabila ada pihak yang dengan sengaja melanggar dan tidak
menghormati undang-undang maka keadaan akan menjadi huru-hara dan negara mampu
menjadi tidak stabil.
Manusia yang bertamadun tidak punya
masalah untuk patuh kepada undang-undang biarpun kadangkala mereka merasakan
yang ia tidak menepati citarasanya. Dalam negara demokrasi, biarpun
semua golongan punya hak masing-masing, namun kehendak majoriti wajib
diutamakan. Ini adalah keadilan mengikut sistem demokrasi.
Apa yang pelik ialah pihak yang
begitu lantang memperjuangkan demokrasi di Malaysia enggan menerima hakikat
ini, iaitu kehendak majoriti adalah lebih utama dari minoriti. Pada
hari ini, mereka ini berjuang bermati-matian untuk membela tindakan 9% penganut
Kristian mencabar undang-undang negara serta kehendak majoriti
rakyat. Hujah mereka, mereka hanya memperjuangkan kebebasan beragama
atas nama demokrasi.
Namun hipokrasi mereka terserlah
apabila dalam mereka berhujah bahawa nama Tuhan bukan satu isu besar kerana
semua agama merujuk kepada Tuhan yang sama, mereka berdegil ingin menggunakan
nama ‘Allah’ juga bagi Injil berbahasa Melayu. Kenapa tidak
digunakan saja nama lain jika bagi mereka ia bukan satu isu?
Jelas, pihak pembela Kristian ini
tidak faham bahawa dalam sistem demokrasi, kebebasan dan hak sesiapa jua tidak
harus mengatasi undang-undang. Apatah lagi apabila
undang-undang itu ternyata tidak pernah menimbulkan masalah, dan terbukti
menjadi kunci keamanan dan kestabilan negara.
Tidak cukup dengan mencabar
majoriti dan membelakangkan undang-undang, mereka mencerca pula pihak yang
menang di mahkamah. Kemudian, mereka mempermainkan pula pihak
berkuasa serta ‘memijak-mijak’ kepala DYMM Sultan seolah-olah Institusi DiRaja
dan semua institusi penguatkuasaan di Malaysia tidak bermakna.
Bagaikan manusia ‘barbarian’
mereka memakai undang-undang rimba iaitu sekadar mengikut ‘kepala otak’
sendiri.
Sekiranya manusia tidak
bertamadun ini tidak dikawal, kita khuatir yang negara mungkin akan
huru-hara. Justeru, kita mendesak agar tindakan diambil segera ke atas
mereka yang menghina mahmakah.
Kes Kalimah Allah telah pun
diputuskan di mahkamah dan adalah di bawah bidangkuasa hakim untuk menghukum
mereka yang melanggar keputusannya. Mengikut undang-undang yang kita ada sekarang, seseorang itu boleh dikenakan
hukuman (penjara atau denda) jika sabit kesalahan 'menghina mahkamah' (contempt
of court) apabila ia mempunyai kecenderungan (tendency) untuk campur
tangan, menggugat atau mengganggu proses pentadbiran keadilan (interfere with
the administration of justice).
Dalam kes ini, pihak Kristian, terutama Paderi
Lawrence Andrew dan BSM telah secara jelas dan sengaja, mencabar dan melanggar
keputusan mahkamah.
Oleh itu, melihat dari kekusutan yang telah mereka
cetuskan, adalah tidak wajar sekiranya tiada tindakan dikenakan ke atas
mereka. Kita bimbang jika mahkamah terus menerus melayan karenah pihak
yang tidak bertamadun ini, maka integrasi mahkamah juga akan turut
dipertikaikan.
Kita tidak mahu Malaysia dilihat sebagai negara yang
tidak bertamadun juga kerana tidak mampu menegakkan undang-undang dan
mempertahankan keputusan mahkamah. Kita juga tidak rela titah Sultan
diperlekeh oleh warganegara Malaysia sendiri tanpa apa-apa tindakan dikenakan
terhadap mereka.
Semakin lama perkara ini berlarutan semakin ternampak
seolah-olah Malaysia berada dalam keadaan hilang kawalan.
Akhirnya Gerakan ‘Dinasti Lim’ Berjaya Singkirkan Veteran DAP Johor
Seperti
yang telah di duga, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak akan berdepan
dengan sebarang masalah untuk menyingkirkan mantan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo
Cheng Hau. Dia telah dipilih oleh jawatankuasa DAP negeri Johor yang baharu
sejurus selepas konvensyen tahunan parti itu yang ke-17 yang diadakan semalam.
Paling
menarik, ramai pemerhati politik melihat kejayaan Chin Tong menewaskan Cheng
Hau itu, sebagai 'kemenangan' Setiausaha Agung dan Penasihat DAP Lim Guan
Eng serta Lim Kit Siang yang memang telah lama berhasrat ingin menyingkirkan
pengaruh dan kuasa bekas Pengerusi DAP Johor itu.
Terdahulu,
seramai 303 daripada 528 perwakilan yang hadir pada konvensyen parti itu, telah
memilih 15 anggota jawatankuasa DAP Johor daripada 23 calon yang menawarkan
diri. Pada pemilihan itu, Cheng Hau telah memperoleh 219 undi untuk berada di
tempat ke-10 manakala Chin Tong hanya mampu berada di tempat ke-14 dengan 185
undi.
Persoalannya
ialah, bagaimanakah mereka yang hanya mampu menduduki tempat ke-14 (hampir
tersingkir) boleh terpilih sebagai Pengerusi Negeri yang baharu? Sedangkan
kalau dikira mengikut undi majoriti (popular votes), Chin Tong jelas tidak
layak untuk menerajui kepimpinan peringkat negeri.
Bukankah
mereka sebelum ini begitu berbangga dengan teori undi popular yang dijadikan
hujah kononnya secara majoriti rakyat telah memilih pembangkang dalam
pilihanraya umum yang lalu?
Jadi
mengapa pendekatan yang sama tidak diguna-pakai dalam sistem ‘pemerintahan’ DAP?
Apakah ia bermaksud pendekatan ‘undi popular’ bukanlah kayu pengukur
kepada lambang demokrasi seperti yang diwar-warkan sebelum ini?
Menurut Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Hamim Samuri ketika diminta
mengulas perkembangan politik Johor ini menjelaskan pertandingan itu sebenarnya
merupakan pertembungan antara dua kumpulan besar di dalam DAP Johor. Ini kerana
ia melibatkan antara Cheng Hau sebagai veteran DAP dan kumpulan ‘Dinasti
Lim’ yang diwakili oleh Chin Tong.
“Penyokong
DAP ini buta, dah memang jelas parti itu tidak menampakkan sebarang ketelusan.
Sebagai contoh yang mengundi di dalam pemilihan baru-baru ini pun hanya separuh
dari perwakilan.
“Persoalannya
mana pergi yang selebihnya. Malah sudah ada banyak rungutan kerana tidak dapat
hadir untuk mengundi, kerana tidak mendapat sebarang surat jemputan dan
sebagainya” katanya.
Hamim
turut menjelaskan ia secara tidak langsung membuktikan bahawa parti itu sedang
cuba mewujudkan satu pemerintahan ala Dinasti, di mana Kit Siang pada ketika
ini sedang cuba untuk menguatkan pengaruh dan sokongan ahli parti itu terhadap
anaknya.
Sudah
enam Perdana Menteri Malaysia bertukar namun Kit Siang yang sudah berada dalam
arena politik sejak zaman Perdana Menteri pertama masih tidak lagi sanggup
melepaskan kuasa.
DAP
selalu menyelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang gila kuasa namun
sudah satu dekad beliau bersara dalam politik apabila tidak lagi bertanding
dalam pilihan raya sejak 2003 selain melepaskan jawatan sebagai Perdana
Menteri.
Namun Kit
Siang masih lagi beria-ria bertanding dalam pemilihan DAP selain bertanding
dalam pilihan raya umum serta masih memegang jawatan sebagai penasihat DAP.
Paling
mengejutkan juga, mana-mana pemimpin yang dilihat tidak sehaluan atau
mengkritik kepimpinan ‘Dinasti Lim’ akan segera
disingkirkan atau dipecat. Sejak PRU13, DAP telah memecat seramai 38 ahli hanya
kerana mereka tidak sehaluan dengan pemimpin tertentu dalam DAP.
Contohnya
pemimpin DAP India dari Johor, Murugan A. Kaliappan dan Thulasi Das
Visuvalingam telah dipecat hanya kerana mereka mengamalkan demokrasi yang
diperjuangkan oleh DAP iaitu demokrasi demonstrasi.
Sikap
hipokrit DAP ini amat jelas apabila mereka yang paling lantang
menjerit tentang soal demonstrasi dalam demokrasi dan apabila pihak Kementerian
Dalam Negeri menahan penyokong yang menyertai demokrasi maka BN akan dituduh
sebagai anti demokrasi. Namun apabila pemimpin mereka sendiri melancarkan
demonstrasi, mereka pula dipecat.
Kesimpulannya
DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan nepotisme, kronisme, rasisme dan anti
demokrasi.
Thursday, 26 December 2013
Monday, 23 December 2013
Friday, 4 October 2013
Sekretariat Bebas Muflis Bela Golongan Muflis
Mereka yang muflis akibat menjadi penjamin sosial, masalah teknikal dan tertipu mendapat jaminan lisan daripada menteri berkaitan bahawa masalah mereka akan diselesaikan.
Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jaminan lisan itu diperoleh ketika sekretariat mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek baru-baru ini.
Baca seterusnya di sini.
Tuesday, 1 October 2013
Visi DSS4MT - Kerajaan Perlu Utamakan Golongan Miskin Bandar
Visi calon
MT umno, sohaimi shahadan yang mahu membawa isu dan visi memperjuangkan
golongan miskin bandar merupakan satu idea yang cukup baik dalam usaha kerajaan
membela nasib rakyat.
harus kita
ingat, golongan miskin bandar merupakan kelompok melayu yang teramai menerima
tekanan dan asakan kos sara hidup yang kerap menekan kehidupan.
visi sohaimi
shahadan yang mahu memperjuangkan GOLONGAN MISKIN BANDAR adalah cita-cita
terpuji...
harapan kami
para blogers agar kerajaan dapat meliputi kan beberapa tindakan,dasar dan pelan
khas untuk golongan miskin bandar ini sewaktu pembentangan BAJET 2013 pada
bulan oktober nanti...
Sumber:
Gerakan Anti PKR
Wednesday, 25 September 2013
BN Youth Job Fair 2013
Korang ada kerja tak?
Atau nak cari kerja lain yang lebih baik ....
Jom ke BN Youth Job Fair 2013 bermula 27 hingga 29 Sept nie ...
Bawak gak resume, sebab korang boleh terus gi kepada majikan2 yang
akan turut serta nanti
Monday, 23 September 2013
Bila Sohaimi Shahadan Masuk Ke Gelanggang ......
Siapa
Sohaimi Shahadan nie ....
Dia adalah EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Selayang ...
Dah habis dah umur Pemuda dia .... Mamat nie kuat kerja.... Aku
rasa kalau habis Pemuda nie, dia tak aktif lagi dalam kepimpinan UMNO, aku rasa
mamat nie akan cepat tua ....
Dia bertanding MT sebagai menyokong kenyataan Mantan Presiden
UMNO, Tun Dr. Mahathir yang mahu UMNO memberi ruang kepada golongan muda sebagai
pemimpin untuk kebaikan parti.
Dia bertanding MT sebagai menyokong kenyataan Ketua Pemuda .... YBKJ
bahawa “Proses peremajaan parti sentiasa berlaku dalam UMNO sejak sekian lama”.
Oleh itu, mamat bernama Sohaimi Shahadan ini percaya bahawa kombinasi
baru dan lama perlu untuk memastikan gerak kerja UMNO mewakili semua lapisan
generasi.
Ini serba sedikit mengenai Sohaimi Shahadan... Nanti ada masa,
kita korek lagi perihal mamat nie ....
Wednesday, 18 September 2013
NAJIB Lakar Program Melayu Kuasai Ekonomi Negara
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung
program untuk memperkasakan ekonomi Melayu berjaya menutup mulut pengkritik ang
mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera pasca Pilihan Raya
Umum ke 13.
Malah 34 modul tindakan yang di umumkan beliau pada Majlis
Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan
dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam
sektor ekonomi.
Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana
Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang
ekonomi negara.
Untuk mencapai hasrat murni ini, Datuk Seri Najib menggariskan
lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan
pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset
bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera
serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
Lima teras tindakan ini amat bertepatan sekali dengan kehendak
semasa dan cabaran yang dihadapi oleh gelombong perubahan ekonomi dunia.
Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang
diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk
mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia
perniagaan.
Apatah lagi sektor ekonomi yang kini yang dikuasai oleh kaum bukan
Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan, menyukarkan lagi golongan Melayu
untuk bertapak kukuh menyaingi mereka.
Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga
rangkaian bekalan atau 'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam
dunia perniagaan.
Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi
dan menyelesaikan masalah ini.
Antara 34 langkah susulan yng bakal dilaksana kerajaan pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar
Malaysia sebanyak RM300 juta manakala dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700
juta.
Langkah ini adalah amat penting bagi membantu usahawan Melayu yang
baru bertatih dalam perniagaan atau mereka yang mengukuhkan lagi perniagaan
kecil-kecilan sedia ada.
Lebih penting dana AIM dan juga TEKUN haruslah difokus kepada
usahawan daripada golongan belia yang mempunyai ide dan keyakinan serta
kemampuan untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.
Ini seterusnya akan mampu membina fondasi rangkaian industri kecil
dan sederhana yang kukuh di masa depan.
Rancangan untuk mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan
sasaran tabungan RM10 bilion juga patut disambut baik kerana ia akan melebarkan
penabungan Bumiputera dalam industri amanah sahasm atau 'unit trust'.
Antara langkah paling penting yang diumumkan ialah penambahan
kampus UiTM dengan sasaran meningkatkan enrolmen pelajar universiti itu kepada
250,000 menjelang 2020.
Pendidikan pada tahap pengajian tinggi adalah aset utama dalam
menjayakan agenda Bumiputera.
Dengan peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera dalam pelbagai
jurusan pengajian, ini akan mampu menyediakan sumber kepakaran dalam semua
lapangan pasaran pekerjaan dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dengan
kaum bukan Melayu.
Keputusan bagi menetapkan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan
Kerajaan (GLC) mempunyai sasaran
membantu Bumiputera adalah amat diperlukan.
Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui
ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental
dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.
Dengan adanya pemikiran strategik yang baru ini, prestasi semua
GLC dalam konteks meningkatkan penyertaan Melayu dalam sektor perniagaan perlu
dipantau dengan lebih rapi dan ketat.
Satu lagi pengumuman yang sama penting ialah mewujudkan Unit
Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian serta menggantikan Majlis
Tindakan Agenda Bumiputera dengan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).
Penubuhan UPB di setiap kementerian sekurang-kurang mengubati
perasaan orang Melayu apabila Kementerian Keusahawanan di mansuhkan beberapa
tahun lalu.
Kini disetiap kementerian UPB akan meniup nafas baru kepada
pengembelengan usaha bagi memastikan objektif kerajaan membantu golongan
usahawan Bumiputera tercapai.
Tidak ada lagi alasan peniaga dan usahawan Bumiputera
dianaktirikan kerana UPB akan memainkan peranan penting supaya mereka mendapat
bersaing dengan lebih berdaya maju.
Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34
susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang
ekonomi menjelang 2020.
Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan pelaksana iaitu
kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang
diumumkan Perdana Menteri.
Thursday, 25 April 2013
...... Dr Juanda Jaya Pun Jadi Modal Pakatan Haprak......
Beberapa hari sebelum hari penamaan calon sempena PRU-13 berlangsung, PR khususnya PKR agak fokus dalam mencanang propaganda kononnya Mufti Perlis iaitu Dr Juanda Jaya bakal mewakili parti itu di Parlimen Kangar.
Secara umumnya propaganda itu berjaya menarik perhatian umum malah turut menyemarakkan semula semangat penyokong PKR yang hampir longlai gara-gara diselubungi pelbagai isu terutama sekali perihal perebutan kerusi sesama PR.
Tiba hari penamaan, akhirnya kebenaran terserlah apabila Dr Juanda tidak muncul sebaliknya calon PAS pula yang bertanding di Parlimen Kangar. Hancur luluh harapan penyokong PR untuk melihat seorang Mufti menjadi calon mereka.
Rupa-rupanya sedari awal lagi Dr Juanda tidak pernah memberi kata putus, ini bermakna pengumuman PKR sebelum ini tidak hanya satu propaganda kosong tapi juga satu taktikal politik yang kotor, jijik dan jahat.
Seterusnya di sini.....
Isu Hudud: Pakatan berbeza haluan namun masih menafikan
Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din tentang rancangan Pakatan melaksanakan hukum hudud sekiranya berjaya ke Putrajaya telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat.
PM Najib menjelaskan bahawa perbezaan pendapat, dan dominasi PAS dalam isu hudud, jelas menunjukkan kurangnya kredibiliti dalam kalangan pemimpin-pemimpin PR.
Karpal Singh terus membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa agenda PAS itu akan menimbulkan huru-hara dan konflik.
Tan Sri Khalid Ibrahim turut membidas kenyataan Haron Din dengan berkata bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara berbilang bangsa & agama seperti Malaysia.
Pertelagahan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin ketara menjelang hari pembuangan undi.
PAS Sedia Terajang DAP Jika Halang Hudud
Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.
Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud
Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.
Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.
Baca seterusnya di sini.
Saturday, 6 April 2013
Pakatan Parti Anak Beranak
Pakatan rakyat sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti
kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realitinya membuktikan
pembangkang itu adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh
mereka dalam parti masing-masing.
Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat
menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau
Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah
Yussof.
Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menetang
Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan "hitam" untuk PAS.
Persoalan yang timbul adalah kenapa penyandang kerusi Rantau
Panjang yang sudah semestinya selamat untuk PAS di pindahkan ke Jeli yang amat
sukar untuk dimenangi, sedangkan anak pemimpin PAS bertanding di kerusi yang
mudah dimenanginya?
Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud perselisihan
dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila
menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan
karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.
PKR juga difahamkan akan menurunkan "keluarga Anwar
Ibrahim" untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin
Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan
itu dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul
Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.
Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi
keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan
terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam
pilihan raya.
Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan
Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam pilihan
raya umum ke-13 kali ini.
Malah, veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh
Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut difahamkan,
anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU
13.
Jelas sudah dimata rakyat Pakatan rakyat adalah parti keluarga dan
pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur
tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus
lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.
Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak
boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan
meritokrasi dalam semua hal?
Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon
pilihan raya.
Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang
dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan
raya?
Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat memang parti
anak beranak!
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)

















