Wednesday, 5 September 2012

Apa Motif PR Cadangkan Bendera Mirip Komunis?


Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut.  Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi. 

Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007.  Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.

Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun.  Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.
Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya.  Gabungan ini  bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.


 Sang Saka Merah Putih

Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa.  Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning. 

Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa?  Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme?

Baca seterusnya di sini

Monday, 3 September 2012

Pembangkang Jadi Kera Sumbang Sambut Merdeka Berasingan



Sambutan kemerdekaan ke 55 pada tahun ini dianggap sungguh bermakna bagi rakyat kerana negara bakal menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.


Ini memberikan rakyat peluang sekali lagi dalam tempoh lima tahun untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat, komited untuk terus membangunkan negara serta sentiasa mendahulukann rakyat dalam semua dasar dan programnya.

Kerajaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah pentadbiran yang telah diterajui oleh Barisan Nasional di bawah teras kepimpinan Umno selama lebih setengah abad.

Tidak ada parti politik di dunia ini yang mampu menandingi kehebatan gagasan Umno-BN memimpin sebuah negara yang berbilang kaum dalam keadaan penuh keamanan, keharmonian dan kestabilan secara berterusan sejak mencapai kemerdekaan.

Ini disebabkan kekuatan formula kesepakatan,  kesefahaman serta kerjasam antara kaum yang telah dicapai oleh tokoh-tokoh pengasas kemerdekaan pada tahun 1957.

Formula dan pendekatan yang sama telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan getir untuk sampai ke tahap di mana ia berada sekarang.

Kejayaan Umno-BN mentadbir sebuah negara yang penuh dengan keunikan serta dilandasi adunan resipi yang hebat tidak mungkin mudah untuk dikalahkan dengan cubaan formula baru yang ingin dikemukakan oleh pihak pembangkang.

Inilah yang berlaku di ambang sambutan kemerdekaan di persekitaran Dataran Merdeka apabila penyokong Pakatan Rakyat cuba mengalihkan keghairahan rakyat yang menunggu detik 12 malam pada 31 Ogos dengan mengadakan himpunan haram Janji Demokrasi.

Malang bagi pembangkang seruan mereka di atas platform ketelusan proses pilihan raya sebagai sambungan kepada rusuhan jalanan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 tidak mendapat perhatian rakyat.

Rakyat tidak lagi menghiraukan jerit pekik dan tiupan vuvuzela penyokong  pembangkang yang dilihat sebagai golongan gila dan hilang akal.

Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka adalah golongan minoriti yang berkelakuan seperti kera sumbang.

Apa tidaknya, hanya kerana mereka bencikan Umno dan BN, Pakatan Rakyat telah hilang pertimbangan rasional dan logik kerana tidak tahu membezakan antara semangat patriotik dan politik.

Dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, pembangkang melihat setiap sesuatu mesti dipolitikkan hatta sambutan kemerdekaan sekali pun perlu diserang dan dikorbankan.

Atas mentaliti membangkang segala sesuatu yang dilakukan kerajaan untuk kebaikan rakyat, pembangkang sanggup merosakkan acara gemilang yang amat bermakna bagi negara dan rakyat Malaysia.

Kerana takut kepada tema Janji Ditepati, pembangkang membuat keputusan untuk mengadakan sambutan kemerdekaan secara berasingan dengan slogan dan logo yang berlainan.

Slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa hanya indah khabar dari rupa kerana tidak mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku di dalam pakatan pembangkang.

Pergolakan merebut kuasa, penyelewengan dana awam, pertelingkahan antara pemimpin pembangkang serta kegagalan menunaikan janji kepada rakyat hanyalah sekelumit daripada kemelut dan masalah yang membelenggu mereka.

Maka slogan tersebut dengan sendirinya menjadi tidak bermakna dan kosong daripada keikhlasan dan nilai penghayatan.

Sikap bodoh yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat tersebut secara langsung telah mendedahkan kelemahan mereka sendiri bahawa pembangkang tidak mampu berpegang kepada prinsip hidup bersatu padu antara kaum dan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk yang sedia terjalin.

Pembangkang berfikir dengan mengadakan sambutan kemerdekaan ke 55 secara tersendiri dengan mengasingkan  daripada sambutan arus perdana mereka boleh mendapat sokongan untuk ke Putrajaya.

Malang seribu malang bagi mereka, perbuatan tersebut sebenarnya telah memecah tembelang siapa pembangkang sebenarnya.

Jika mereka sanggup mencemarkan keagungan nilai kemerdekaan negara, apa agaknya yang mereka akan lakukan jika mereka berkuasa di Putrajaya.

Dengarnya sudah ada rancangan untuk menukar bendera kebanggaan negara Jalur Gemilang dengan bendera versi Pakatan Rakyat.

Malah lagu Negaraku yang berkemundang di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj melaungkan teriakan keramat Merdeka! juga mahu diganti dengan lagu baru.

Nampaknya pembangkang berhasrat mahu menukar dan meroboh segala institusi atau simbol yang menandakan kejayaan Umno-Bn sejak 55 tahun lalu.

Bangsa Melayu tidak akan selamat di bawah Pakatan Rakyat kerana kejayaan Umno membela orang Melayu mahu dilupuskan dan diganti dengan 'Agenda Rakyat'.

Sebenarnya pembangkang bukan mahu mengagungkan rakyat tetapi sebaliknya memangsakan mereka dengan menjadikan rakyat sebagai alasan untuk membuat perubahan yang bakal merugikan bangsa Melayu dan negara.

(Beruang Biru)


Friday, 24 August 2012

Khalid Gagap Terkapai-Kapai Disisih Anwar



Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.

Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).

Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.

Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.

Begitulah hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.

Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.

Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.

Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.

Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.

Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.

Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.

Dalam lautan politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya.

Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.

Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.

Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.

Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.

Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.

Di satu sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.

Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.

Bagi Azmin, inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.

Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan  Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.

Seperti pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

***Beruang Biru

Thursday, 23 August 2012

'Belum Masa Laksanakan Hudud'



Shah Alam : Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami  undang-undang islam itu secara mneyeluruh.

Katanya, sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

"Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet, MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.

"Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya.

katanya, ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.

Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini.

#Petikan Sinar Harian Edisi Selangor 23/8/12

PAS Nasi Kangkang DAP .....



PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu.  Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.

Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi.  Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.

Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004.  Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.

Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa?  Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.  Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.

Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.

Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!!  Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam.  Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini.  BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.

Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2.  Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal.  Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah.  Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.

Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, “Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa”. 

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi.  Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari ‘murtad’, apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.

Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini.  Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?

Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN.  Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain,  syaitan tapi BN.

Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah.  Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya.  Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan.  Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS.  Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir. 

Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.

Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya. - Beruang Biru

PAS Punca Hukum Hudud, Islam Dihina


Walaupun sebelum ini PAS telah bersetuju untuk membuang Negara Islam, sekali gus ‘hudud’, dari perjuangan mereka demi kerjasama Pakatan Rakyat, tetapi kini PAS terpaksa berhempas-pulas untuk menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mereka memerintah. 

Ini kerana PAS sedar bahawa ramai dari golongan akar-umbi yang ‘sedikit cerdik’ merasa marah dan mula meragui perjuangan PAS gara-gara terlalu mengikut telunjuk DAP.   Benar, bahawa majoriti akar-umbi PAS adalah buta-tuli-dungu yang mengikut sahaja ke mana arah pemimpin mereka pergi tetapi sokongan dari golongan ini tidak dapat meredakan tekanan dari golongan yang ‘sedikit cerdik’ yang mendambakan hudud tadi. 

Justeru, ‘hudud’ dan ‘Negara Islam’ perlu dikembalikan ke dalam perjuangan PAS, sekurang-kurangnya untuk digembar-gemburkan oleh media massa supaya penyokong mereka percaya yang PAS akan melaksanakan hudud di samping dijadikan ‘modal’ untuk berkempen dan menyerang UMNO.

Mungkin ramai yang telah lupa atau tidak tahu bahawa PAS pernah mencuba untuk menggubal undang-undang hudud untuk digunapakai di Terengganu ketika mereka memerintah negeri tersebut.  Tetapi ternyata hudud yang dibentangkan oleh PAS bukan berdasarkan Islam, tetapi berdasarkan nafsu pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad. 

Antara perkara yang bertentangan dengan hukum Islam yang di dalam hudud Terengganu yang telah digazetkan ialah Seksyen 14 di mana menerangkan bahawa seorang suami dibolehkan untuk meliwat isterinya.  Selain itu, terdapat juga enakmen yang membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Ini hanya 3 contoh mengenai betapa kejam dan tidak adilnya hudud ciptaan PAS.  Mengikut Datuk Zulkifli Noordin di dalam Sidang Dewan Rakyat sekitar Oktober 2011, terdapat berbelas-belas lagi perkara di dalam hudud PAS Terengganu yang bertentangan dengan Islam dan menafikan keadilan. 

Walau apapun, kita percaya yang Hukum Hudud tidak mustahil untuk dilaksana. 

Yang menjadikannya mustahil ialah kesukaran untuk mencari para penggubal, hakim dan seluruh jentera penghakiman yang mempunyai keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang tinggi dan sempurna.  Selain itu, ia juga memerlukan keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang sama tinggi dan sempurna, di pihak yang bertanggungjawab melantik mereka-mereka ini. 

Hudud Terengganu dengan sendirinya telah membuktikan betapa PAS langsung tidak layak untuk menggubal hukum hudud. 

Sikap PAS yang berat sebelah sehingga sanggup menutup mata atas maksiat yang dilakukan oleh pemimpin sendiri, contohnya Mat Sabu yang ditangkap khalwat tetapi dijulang sehingga menjadi Timbalan Presiden, pula menunjukkan yang PAS bukanlah pihak yang layak untuk melantik hakim ataupun penggubal hukum hudud.

Tindakan PAS menggunakan alasan hukum hudud yang memerlukan 4 saksi untuk menolak saksi dan bukti kes liwat/zina yang diperolehi melalui teknologi seperti rakaman video dan forensic sains menjadikan orang bukan Islam semakin ‘cuak’ terhadap hudud. 

PAS mempertontonkan kepada bukan Islam bahawa hudud adalah sesuatu yang akan membawa kita ke belakang ke zaman jahiliah sebelum penemuan sains dan teknologi serta cenderung menganiaya wanita dan memberi kuasa penuh kepada lelaki untuk memenuhi nafsu serakah mereka sebebas-bebasnya. 

Selain itu, hujah PAS bahawa hudud akan mengekang jenayah juga tidak dapat diterima oleh bukan Islam kerana beberapa negara yang mengamalkan hudud berada di tempat tercorot di dalam indeks jenayah dunia.   Kebanyakannya juga memaparkan kekejaman yang tinggi terhadap wanita. 

Antaranya, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria.  Manakala, Pakistan pula yang mengamalkan undang-undang Islam bersama dengan undang-undang lain juga merupakan antara negara yang mundur dan juga banyak melakukan ketidakadilan terhadap wanita.  Sedangkan umum sedia maklum bahawa Pakistan merupakan antara negara yang paling digemari oleh puak-puak PAS untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran agama.  Gelaran ‘mujahidin’ dan gerakan jihad di Pakistan menjadikan mereka teruja walaupun beberapa kali terjadi kes di mana anak-anak mereka terutamanya yang perempuan menjadi trauma sejurus tiba di sana. 

Secara keseluruhannya, sikap, pandangan serta kecenderungan PAS dalam memperkatakan Islam dan undang-undang Islam membawa gambaran yang mundur, tidak adil serta menakutkan. 

Kerana PAS, Islam dan undang-undang Islam dilihat sebagai mempromosi ketegangan, syak-wasangka dan keganasan.  Kerana PAS, Orang Islam dilihat sebagai golongan yang sentiasa waspada, tidak ikhlas, sukar bergaul, memusuhi ketenangan, menolak keceriaan dan sebaliknya sering mencari pasal terhadap orang lain – bukan Islam dan juga sesama sendiri. 

Oleh itu sebelum PAS meneruskan lakonan menyerang Karpal Singh, adalah lebih baik PAS melihat dahulu ke dalam diri sendiri.   Sedarlah bahawa di mata umum, termasuk bukan Islam, PAS itu sinonim dengan nafsu - berkahwin 2,3,4, berkhalwat dan berzina.  PAS itu sinonim dengan sifat kampungan yang suka mencarut, memaki dan menghamun.  PAS itu sinonim dengan lelaki tidak berguna yang siang malam kononnya ‘berjihad’ sedangkan isteri yang menanggung semuanya. 

Dengan itu, kita ingin bertanya PAS, ‘jihad’ apa? 

Jihad yang paling utama adalah jihad menentang iblis di dalam diri sendiri.  Laksanakan jihad yang utama itu dahulu sebelum berjihad melaksanakan hudud kerana selagi iblis menguasai diri, selagi itulah hudud yang ingin digubal menjadi hudud yang berdasarkan nafsu dan bukannya berdasarkan Islam.  - Beruang Biru

Wednesday, 15 August 2012

Kafir Harbi Tidak Wujud Kerana Tiada Negara Islam atau Negara Islam Tidak Wujud Kerana Ada Kafir Harbi Menentang?


Gara-gara ingin terus ‘bersekedudukan’ dengan DAP, yang telah difatwakan haram oleh para Mufti dan juga Ulama-ulama pondok, maka PAS hari ini menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi. 

Alasan yang diberi oleh PAS ialah selagi tiada Negara Islam yang sebenar maka tidak mungkin wujud golongan kafir harbi.   Kenyataan ini dibuat oleh Dato’ Dr. Haron Din dan disiarkan di dalam Harakah, serta pantas dipetik oleh blog-blog dan laman web pro-pembangkang.  Dengan pantas juga Lim Kit Siang membuat kenyataan menyokong kenyataan PAS tersebut bahawa dirinya bukan kafir harbi. 

Jika kafir harbi tidak wujud kerana tiada Negara Islam sebenar mengikut kaca mata PAS, maka mana mungkin Negara Islam PAS itu wujud selagi ada kafir harbi yang menghalangnya?  Dan PAS pula yang membantu mereka? 

Kenyataan Haron Din tersebut bolehlah diumpama masalah telur dengan ayam - yang mana dulu yang mana kemudian? 

Kafir harbi mengikut istilah mudah adalah golongan kafir yang memerangi Islam. 

Adalah tidak mungkin Lim Kit Siang akan mengaku yang dirinya memerangi atau membenci Islam.  Tentulah beliau bukan ahli politik yang berjaya jika beliau mengaku terang-terangan bahawa beliau membenci Islam dan orang Islam.

Namun, kebencian Kit Siang terhadap Islam dan orang Islam (Melayu) telah terakam dalam sejarah.  Malah tidak salah rasanya jika kita memberi gelaran kepada beliau sebagai Bapa Perkauman Malaysia.  Telah tercatat kemas dalam laporan Mageran mengenai tragedi 13 Mei 1969 tentang bagaimana Kit Siang menyemarakkan api perkauman melalui kempen DAP dalam pilihanraya yang diadakan pada 10 Mei 1969. 

Akibat kempen yang berapi-api membenci Melayu di samping meniupkan semangat keangkuhan Cina DAP yang akhirnya membawa kepada perarakan besar-besaran kaum Cina ke kawasan Melayu, yang mana melanggar permit yang dikeluarkan kepada mereka, maka berlakulah pertumpahan darah.  Dalam perarakan tersebut slogan yang dibawa DAP ialah:  ‘Malai Si’. atau “Mati Melayu”. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. “KL sekarang Cina punya”.“Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”“Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.“…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”

Jika kata-kata di atas bukan membawa makna membenci dan memerangi Melayu Islam, maka apakah ia?  

Jelas, agenda DAP tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini iaitu ingin menghalau Melayu.

Dan ini telah pun terbukti sejurus selepas mereka menguasai Pulau Pinang di mana kaum Melayu dihalau dengan cara tersusun dengan merobohkan kampung-kampung mereka serta membina kediaman kos tinggi dan mewah agar menyukarkan kaum Melayu memilikinya.   DAP juga berusaha untuk merancang untuk membina cawangan Universiti Nanyang di Pulau Pinang sekali gus menambah bilangan kaum Cina dan menyekat pendudukan kaum Melayu di tengah-tengah bandar itu.

DAP turut menunjukkan kebencian mereka terhadap Melayu dengan menerapkan kebencian terhadap kakitangan kerajaan serta pihak berkuasa seperti polis dan SPRM semata-mata kerana institusi tersebut dipegang oleh Melayu.  Jika kita layari laman-laman sosial penyokong DAP, kita akan dapati ramai di antara mereka secara terang-terangan meluahkan kebencian terhadap Institusi Raja serta mempertikai pemakaian nama ‘DiRaja’ bagi pasukan keselamatan negara. 

Suatu ketika, DAP juga telah enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam. 

Pendek kata, sikap DAP yang memerangi Melayu Islam begitu nyata, terang lagi bersuluh. 

Hanya PAS sahaja yang menafikannya.  Bukan sahaja menafi, malah membela dan sanggup menjadi anjing kurap meniarap tengah jalan menentang Raja-raja Melayu bagi pihak DAP.  Lebih dahsyat lagi, PAS juga mengiakan sahaja bila DAP ingin menyebarkan dakwah Kristian kepada orang Melayu melalui Injil berbahasa Melayu dan penggunaan nama Allah S.W.T. di dalam risalah dakwah mereka. 

Jika DAP bukan kafir harbi, maka apakah mereka? 

Apakah hanya apabila DAP mengangkat senjata memerangi kita sepertimana yang berlaku di Rohingya maka barulah DAP menjadi kafir harbi?  Namun, ini juga tidak tepat jika mengikut huraian Haron Din kerana Rohingya bukan Negara Islam sebenar maka tiadalah istilah kafir harbi bagi mereka juga. 

PAS nampaknya masih ketinggalan di zaman jahiliah sedangkan DAP dan dunia keseluruhannya telah melangkah ke era teknologi nano.  Dalam kesibukan PAS mengira helaian rambut wanita yang terdedah serta mencongak dosa pahala mereka, PAS tidak sedar bahawa untuk memerangi Umat Islam di zaman ini tidak semestinya menggunakan senjata api.  Selalunya, senjata api adalah pilihan atau jalan terakhir setelah umpan mengena, umat Islam terpedaya, menjadi benar-benar lemah lalu penghapusan etnik pun dilakukan.  

Apatah lagi di Malaysia, di mana kekuatan tentera dan polis masih berada di tangan umat Islam, iaitu UMNO justeru, mana mungkin DAP memerangi umat Islam dengan menggunakan senjata. 

Oleh itu, satu-satunya cara DAP untuk mengalahkan umat Islam adalah dengan mempergunakan umat Islam itu sendiri iaitu PAS untuk menghancurkan sesama sendiri (UMNO).   Nampaknya, tidak sukar bagi DAP untuk melakukannya, kerana PAS benar-benar rela dan ‘redha’ menjadi anjing kurap kepada mereka. 

Negara Malaysia adalah Negara Islam. Malaysia meletakkan Islam di tempat tertinggi dan mempertahankannya melalui Institusi Raja-raja.  Kepimpinan serta pihak berkuasa di Malaysia juga dipegang oleh orang Islam.  Malaysia menjadi negara Islam contoh kepada negara Islam lain kerana ia satu-satunya negara Islam yang aman, makmur dan maju serta lantang dan berkemampuan untuk membantu nasib umat Islam negara lain yang tertindas atau ditimpa bencana. 

Dan inilah yang menjadi punca DAP tidak senang dan ingin mengambil-alih negara ini.  DAP ingin merendahkan Islam atau sekurang-kurangnya meletakkannya setaraf dengan agama-agama lain.  DAP tidak senang selagi umat Islam berhak melaungkan azan di subuh hari dan mengganggu mereka tidur.  DAP tidak senang selagi arak dan babi tidak boleh dijual dan diratah sebebas-bebasnya di negara ini. 

DAP tidak senang selagi agama rasmi Malaysia adalah Islam dan pemerintahnya juga orang Islam. 

Dengan menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi dan berdegil ingin terus memeluk dan meruntun tangan DAP ke Putrajaya, maka PAS dengan sendirinya telah meletakkan parti mereka sebagai musuh Islam.  Jika undi DAP haram, maka undi PAS juga adalah haram. 

Kerana PAS dan DAP kini telah bersatu dari segi roh dan juga jasad walaupun bukan dari segi kata-kata.