Wednesday, 18 April 2012

Bekas Rakan Seperjuangan Anwar Tubuh TIBAI Ajak Rakyat Tolak Anwar



Kelab TIBAI, atau dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim yang akan dilancarkan pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman ini diwakili 28 orang Ahli Majlis Syura yang terdiri dari bekas-bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sanggup berjuang berhabis-habisan menolak Anwar Ibrahim dan sekutunya dari arus politik perdana.

Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, matlamat ulama penubuhan TIBAI adalah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya pada pilihanraya umum yang akan datang.

“Kita akan turun ke kawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi oleh PKR khususnya tumpuan utama akan diberikan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Jika kita dulu bersatu untuk berjuang mempertahankan Anwar tetapi hari ini, kami akan bersatu dalam satu ketumbukann yang padu dalam melaksanakan program dan agenda besar ini. Tanpa berselindung, TIBAI akan memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU-13 ini,” ujarnya kepada pemberita dalam sesi taklimat kepada pihak media mengenai penubuhan TIBAI ini.

Dalam masa yang sama, Zahid mencabar Datuk Tamrin Ghafar mengemukakan bukti bagi membuktikan dakwaannya bahawa UMNO menggunakan taktik kotor memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PATI) dengan tujuan untuk mengundi pada PRU kelak.

“Bagi membuktikan dakwaannya lebih berkreabiliti, saya turut mencabar Tamrin untuk dia memulangkan semula kepada kerajaan, semua elaun, semua gaji semasa dia menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Barangkali ia berlaku di zaman dia, ketika zaman dia bertanding, barangkali dia terlibat sebab itu dia tahu.

Selagi dia tak pulangkan segala elaun dia kepada kerajaan, saya anggap kenyataan dia bukanlah kenyataan yang berkreabiliti, tak perlu dilayan kerana ini merupakan satu kenyataan yang desperate, yang terdesak pemimpin-pemimpin yang dilanda sindrom selepas mereka berkuasa ini,” ujarnya yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Nasional.

Ahli Majlis Syura TIBAI dianggotai oleh bekas-bekas seperjuangan bersama Anwar Ibrahim seperti SD Johari Md Yassin, Ng Lum Yong, Wan Indra Putra, Ruslan Kassim,  Nazmi Rusly, Ummi Hafilda Ali, Hamidzun Khairuddin, Auar Shaari dan Rahimi Osman, manakala Dato’ Zulkifli Nordin dan Senator Ezam Mohd Noor merupakan penasihat TIBAI. 

Sumber: Sahabat-Gunung

Penangan Radioaktif ARE: Merungut Dari Syurga


Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai ‘mangsa’ radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE).  Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah. 

‘Mangsa’ tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas.  Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya. 

Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati!  (Complaints from heaven:  I don’t want to die yet!!)  Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua. 

Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya.  Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut. 

Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur.  Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan.  Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya. 

Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.  

Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun. 

Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.

Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu “tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong”. 

Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga. 

Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka. 

Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan. 

Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas

Sunday, 15 April 2012

Nurul Izzah Anwar Pun Ada Video Aksi Panas??


Biar betol? Namun aku berharap agar berita mengatakan YB Nurul izzah Anwar juga mempunyai aksi-aksi panas ketika beliau menuntut di UM dulu bersama seorang pensyarah hanya spekulasi semata-mata …

Namun, aku berharap agar Nurul buat penafikan mengenai isu baru nie ..

Aku bukannya penyokong PKR atau Nurul Izzah sekalipun, namun aku kesian plak tengok maknya …. 

Wan Azizah, takkan suami tak boleh pakai, ada video panas plak tu, takkan anak harapannya juga mempunyai perangai yang sama ….

Kalau nak tahu kisah video Nurul izzah nie, sila ke blog AAKJ ….

Saturday, 14 April 2012

Hanya 200 Orang Dijangka Hadir Demo PTPTN


Demonstrasi anti PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pagi ini dijangka hanya dihadiri sekitar 200 orang sahaja selepas ramai kalangan pelajar universiti berbelah bagi dan hilang minat membicarakan isu tersebut.

Kebanyakkan mahasiswa dilaporkan semakin tawar hati dan melihat janji-janji Anwar dalam isu pemansuhan PTPTN hanyalah satu propaganda bersifat politiking semata-mata untuk kepentingan Anwar serta barisan pembangkang dan bukannya bermaksud mahu membantu mahasiswa.

Situasi tersebut dipercayai wujud selepas masing-masing telah mengetahui penglibatan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara pendukung utama yang meluluskan penubuhan PTPTN lewat tahun 90-an dulu.

Bagaimanapun menurut sumber rapat dengan SMM menyebut, beberapa langkah awal telahpun disegerakan untuk mengelakkan demoinstrasi tersebut gagal sama sekali.

Menurutnya, Adam Adli dan Safwan Anang telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin pembangkang yang rapat dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan strategi saat akhir untuk mobilise semaksima mungkin mahasiswa untuk turun ke jalanraya.

Antara langkah yang telah dipersetujui dan sedang digerakkan ialah menambah dana peruntukan kewangan untuk menampung kos upah pendemo yang dinaikan dua kali ganda bertujuan menarik minat lebih ramai mahasiswa menyertai demonstrasi tersebut.

Selain itu SMM juga telah meminta bantuan unit foto Harakahdaily dan Malaysiakini supaya menghantar seorang jurufoto terbaik mereka bagi merakamkan foto close-up semasa demonstrasi untuk memberi gambaran kepada umum yang demonstrasi tersebut berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menafikan berita awal sebelum ini yang menyebut penglibatan mereka yang dikatakan menyokong demonstrasi anti-PTPTN anjuran SMM sebaliknya menyeru supaya mahasiswa menggunakan kewarasan akal fikiran dalam menilai setiap isu berbangkit.

Malam Tadi Sempat Seround .... Pagi Nie nak Berdemo ....



Pagi nie Adam nak gi berjuang, malam tadi abg Nuar sempatlah bagi tenaga sikit untuk dijadikan bekalan …. Nak menyalak pagi-pagi nie di Dataran Merdeka.

Tuesday, 3 April 2012

RON95 terpaksa dinaikkan juga mulai esok….



Aduh, walaupun beberapa hari lepas Datuk Ismail Sabri mengatakan harga minyak akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia telah naik, tapi minggu depan terpaksa dinaikkan juga….




Ini angkara RON95 kekal, minyak tak naik tetapi ada orang naik minyak….

Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim, Karpal Singh, LGE, Hadi Awang – mereka-mereka inilah yang naik minyak sebab tak dapat gunakan peluang menghasut rakyat seperti di Indonesia untuk mengadakan demostrasi minyak…..