Tuesday, 2 October 2012

1300 Lagi Pengguna Air Selangor Saman Khalid Gagap, Kerajaan Selangor & Syabas


Firma Guaman Kamaruddin & Partners, hari ini telah dilantik seramai 1300 pengguna air di negeri Selangor untuk menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah Skim Air Percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan PKR dan PAS Selangor pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Peguam , Kamarudin Ahmad berkata, tuntutan oleh kumpulan pengguna air hari ini merupakan kumpulan ketiga dari kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.

“Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor ke atas plaintif dalam pemberian air percuma kepada pengguna air dalam negeri Selangor. Kerajaan negeri Selangor telah mengutamakan penduduk rumah teres dan bangle dari golongan kelas menengah dan atasan dalam pemberikan skim air percuma ini.

Plaintif-plaintif adalah pengguna meter pukal dan manifesto pakatan PAS dan PKR tersebut menjanjikan bekalan air kegunaan domestic secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat bahawa pengguna air mesti menggunakan meter individu,” ujarnya kepada pemberita selepas menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi di sini.

Tambahnyaa, SYABAS seharusnya telah menukar meter plaintif-plaintif daripada meter pukal kepada meter individu memandangkan kerajaan telah mengarahkan Program Penukaran Meter Individu kepada SYABAS sejak tahun 2007 dan sekiranya Syabas gagal berbuat demikian, ianya bukanlah kesalahan plaintif untuk dinafikan hak penikmatan skim air percuma tersebut.

“Saya hendak jelaskan latar belakang tuntutan plaintif iaitu pada tahun 2008, pengguna air di negeri Selangor terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pertama adalah mereka yang menggunakan meter individu manakala golongan kedua ialah mereka yang menggunakan meter pukal.

Oleh yang demikian, skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto PAS dan PKR Selangor secara automatisnya merangkumi kedua-dua golongan pengguna air.

Sehubungan dengan itu, saman tuntutan plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah usaha terakhir pihak plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah pun membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestic dalam negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Ameer Firdaus Bin Mohd Shreef berkata, Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan alasan memandangkan perkara itu telah dijanjikan kepada semua pemilik kediaman di seluruh Selangor sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri ini.

Lebih mengecewakan kerajaan negeri lebih mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo daripada golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma tersebut, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak.

Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya, selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. 

Tindakan GAPS Bongkar Isu Rasuah Buat Kerajaan Selangor Seperti Casing Kepanasan


“Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor” , ujar Hamidzun Khairuddin, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Terbaru jelas beliau ada sebuah blog (yang sudah menarik balik berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan PKR Selangor menyebarkan khabar kononnya firma Guamannya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah.

“Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen PKR yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambahnya, yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen PKR ini.

Beliau amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media.

Tegas beliau lagi tentunya mereka berniat jahat dengan misi politik mahu menakut-nakutkannya agar tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharaja lela.

“Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya di mata masyarakat.

“Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.

“Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB. Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan di mahkamah,” ujarnya lagi yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor. -MediaUMNO

Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut (RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).

“Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi “budak suruhan politik” yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.

Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim,” ujarnya lagi.

Bajet Alternatif Bercanggah Dengan Buku Jingga


Bajet yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan.   PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka. 

Secara amnya, jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza.  Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum. 

Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera. 

Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara. 

Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri. 

Antaranya, penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Menurut laman Suara PR, alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara. 

Malah, laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun, begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi ‘tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk  menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan  menghapuskan tol’.

Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.  

Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka, PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Kita percaya, bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan.   Dan kita pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak. 

Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar.  Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil.   Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini? 

Selain itu, penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan.  Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR. 

Namun, katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma.  Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya. 

Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan, sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.  Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah.   Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama. 

Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang.  Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini. 

Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat. 

Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.  

Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya.  Oleh itu, segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.  

Wednesday, 12 September 2012

SUARAM, IKD & MalaysiaKini Merupakan Antara Penerima Dana George Soros – Lokman Noor Adam


Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berhubung penerimaan dana asing oleh sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) bagi pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak harus dipandang remeh sebaliknya harus ditangani segera.

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional, Lokman Noor Adam berkata, pendedahan tersebut cukup mempunyai kaitan rapat dengan dirinya kerana ianya merupakan salah satu sebab beliau dipecat daripada Parti Keadilan Nasional pada tahun 2004.

“Pada bulan Februari 2004, saya telah membuat pendedahan berhubung penyelewengan dana yang diterima oleh pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan.

Pada masa itu juga saya telah mendedahkan bagaimana Tian Chua yang merupakan pengarah SUARAM ketika itu telah megaturkan pertemuan di antara George Soros dengan Presiden Keadilan, Datin Seri wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan wakil Tian Chua, iaitu Elizabeth Wong penghujung tahun 2003.

Saya telah mempertikaikan bagaimana Presiden PKR boleh memohon dana daripada seorang berbangsa Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada tahun 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi terlebih dahulu,” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, sebelum beliau dipecat, beliau telah menghadiri mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihan Raya Parti Keadilan Nasional yang mana Azmin Ali merupakan pengarahnya, telah memaklumkan bahawa RM3juta pertama telah mereka terima dan dana tersebut telah digunakan untuk menempah t-shirt, topi dan bendera di Negara China.

“Saudara Ezam Mohd Noor yang merupakan Ketua Pemuda Keadilan pada ketika itu telah mengesahkan kepada saya bahawa dana itu adalah sebahagian kecil daripada wang yang bakal disalurkan oleh George Soros untuk membantu Parti Keadilan pada Pilihan Raya Umum 2004.

Melalui maklumat yang diperolehi dari kawan-kawan yang masih bersama PKR, dana yang disumbang George Soros ini masih berterusan sehingga kini,” tambahnya lagi.

Menurutnya, George Soros bukan sekadar membantu SUARAM, tetapi turut membantu Institut Kajian Dasar (IKD) melalui dana yang disalurkan melalui Conrade Adeneur, sebuah yayasan Kristian dari Jerman.

“Tian Chua yang merupakan rakan selokap saya semasa kami ditahan di bawah ISA, pernah mengaku kepada saya bahawa SUARAM dibiayai oleh Soros melalui sebuah yayasan dari Belanda dan beliau turut mengesahkan menerima bantuan dana dari George Soros bagi membolehkan beliau dan Steven Gan mengasaskan portal berita MalaysiaKini.

Sehubungan dengan itu, saya menyokong penuh sebarang usaha untuk mewujudkan undang-undang bagi menghalang penyaluran dana asing bagi membiayai parti politik atau NGO bagi tujuan menghuru-harakan Negara ini.

Sekiranya dana asing dibiarkan untuk masuk mencaturkan politik Negara, sudah pasti sekiranya berlaku perubahan terhadap kepimpinan Negara kepada pakatan pembangkang, Negara ini tidak boleh diperintah oleh pembangkang mengikut acuannya sendiri.  Sebaliknya kita akan menjadi ‘lembu dicucuk hidung’ dan kita akan terpaksa akur dengan segala kehendak dan dasar luar Amerika serta Yahudi,” tambahnya lagi. (Sahabat-Gunung)

Perang Mahfudz-Mat Sabu di Kedah



Kerusi Menteri Besar Kedah boleh dikatakan antara kerusi politik yang amat panas.  Ini berikutan begitu ramai di kalangan PAS sendiri yang ingin berada di kerusi tersebut. 

Kerana begitu ‘gilakan’ kerusi tersebut, PAS langsung tidak menimbangkan situasi sekiranya mereka tidak dapat mempertahankan negeri itu dalam PRU nanti.   Mereka seolah-olah yakin bahawa masalah mereka hanyalah siapa yang akan menggantikan Dato’ Seri Azizan Razak dan bukannya bagaimana untuk memastikan kemenangan PAS di Kedah.

Antara yang mensasarkan jawatan Menteri Besar di kalangan PAS Kedah ialah Mat Sabu dan juga Mahfudz Omar, selain dari Phahrolrazi yang tidak dapat lagi membendung kerakusannya sehingga sanggup menuntut Azizan berundur dan bersikap biadap secara terbuka terhadap beliau. 

Secara umumnya, perbalahan di dalam PAS adalah antara golongan Ulama dan moderate atau Anwarinas, selain sesama golongan moderate/Anwarinas sendiri.  Golongan Ulama terdiri dari Dato’ Seri Azizan dan penyokong-penyokongnya manakala semua yang menentang beliau tadi adalah dari golongan moderate. 

Sebagai seorang yang telah lama bertapak dalam politik PAS Kedah, Mahfudz sebelum ini agak selesa kerana percaya yang beliau adalah individu yang paling layak duduk di tempat Azizan sekiranya Azizan berundur.   Namun keselesaannya kini terancam dengan ura-ura Mat Sabu ingin bertanding di Pendang dengan matlamat untuk menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan. 

Bagi mengekang kemaraan Mat Sabu, Mahfudz telah pun menulis surat atas nama kepimpinan PAS Kedah kepada PAS Pusat untuk menolak Mat Sabu bertanding di Kedah.  Lanjutan dari itu, semua program-program PAS di Kedah tidak akan sekali-kali menemukan kedua-dua tokoh yang terkenal paling bodoh di dalam PAS ini. 

Akar umbi PAS Kedah secara amnya berada di belakang Azizan iaitu golongan Ulama termasuk para Tok Guru Pondok dan Pemuda PAS Kedah yang diketuai oleh Ustaz Mat Yahya.  Mereka rata-ratanya menganggap golongan moderate dan Anwarinas yang menentang Azizan sebagai kurang ajar, malah digelar syaitan. 

Golongan moderate dan Anwarinas secara langsung menerima bantuan dan sokongan PAS Pusat, Anwar dan juga DAP.  Namun, mereka tidak mampu mengenakan tekanan secara langsung dan nyata terhadap Azizan memandangkan beliau mendapat sokongan kuat dari akar umbi.  Ini membuatkan kepimpinan PAS Pusat, seperti Hadi Awang dan Nik Aziz serba salah kerana takut dilihat tidak menyebelahi golongan Ulama. 

Sementara kepimpinan pusat berada dalam keadaan serba-salah, peperangan antara Mahfudz dan Mat Sabu terus berlangsung secara diam-diam.  Manakala Azizan pula terus yakin yang beliau mendapat sokongan rakyat dan akar umbi PAS. 

Phahrolrazi pula membuat perancangan berasingan untuk menjatuhkan Azizan.  Malah beliau menganggap permusuhannya dengan Azizan kini telah menjadi permusuhan peribadi.  Beliau dikatakan mendendami Azizan kerana tidak meluluskan satu projek yang dicadang olehnya sedangkan beliau telah pun berjanji dengan ‘tauke’ yang berkenaan bahawa projek tersebut pasti akan diluluskan. 

Apa yang berlaku membuatkan Phahrolrazi tidak tidur malam kerana dipersoal oleh ‘tauke’ tersebut.   Justeru, Azizan perlu dijatuhkan barulah hidupnya akan aman kembali.

Nampaknya, musuh Azizan berada di segenap penjuru negeri Kedah.  Namun, sebelum mereka semua menghalakan muncung senapang ke arah Azizan, mereka juga perlu menembak sesama sendiri terlebih dahulu sehingga mungkin hanya seorang sahaja yang tinggal untuk menentang Azizan. 

Keadaan ini wajar dimanfaatkan oleh UMNO Kedah sebaik-baiknya.  UMNO pasti telah belajar dari kesilapan bahawa tidak ada apa yang dapat memastikan kejatuhan sesuatu parti yang telah bertapak dengan selesa, selain dari pertelagahan sesama sendiri. 

Ini adalah peluang terbaik UMNO untuk merampas kembali Kedah kerana PAS Kedah sudah hampir terlupa siapa musuh utama mereka.  Mereka kini benar-benar lalai dari menangani masalah rakyat dan negeri, yang merupakan senjata utama untuk memenangi pilihanraya.  

Pendidikan Percuma Belum Mula Tapi UNISEL Dah Rugi


Pertengahan tahun ini dunia pendidikan tanahair berkocak seketika apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menggesa para pelajar supaya tidak membayar hutang pinjaman pendidikan yang diberikan oleh PTPTN.

Beberapa bulan sebelumnya, pakatan pembangkang khususnya PKR telah mempropagandakan janji pendidikan percuma selain berhasrat menghapuskan PTPTN yang dianggapnya hanya membebankan pelajar dengan hutang.

Berikutan itu, PTPTN telah bertindak balas dengan menangguhkan sementara pemberian pinjaman kepada 1,000 orang pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) bagi memberi ruang kepada kerajaan PKR Selangor membuktikan janji pendidikan percuma bukanlah omong kosong semata-mata.

Menyedari kesilapannya mencetuskan kontroversi dengan memusuhi PTPTN tidak mendatangkan kesan baik terhadap imej PKR dan PR, akhirnya kerajaan negeri mengarahkan Naib Canselor UNISEL merayu kepada Menteri Pengajian Tinggi dan PTPTN supaya diberikan semula kemudahan pinjaman kepada para pelajar UNISEL.

Namun sebelum itu, khalayak umum didedahkan dengan perancangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu menjual aset UNISEL berupa sebidang tanah bernilai RM30 juta konon bertujuan untuk menampung kos pengajian dan sara hidup pelajar UNISEL.

Walaupun beberapa ketika kemudian penangguhan pinjaman PTPTN untuk pelajar UNISEL ditarik balas selepas menerima rayuan dari Naib Canselornya, tapi apabila Khalid masih bertegas untuk meneruskan hasratnya menjual tanah milik UNISEL ia menimbulkan tanda tanya di minda rakyat Selangor.

Timbul banyak andaian mengatakan kebarangkaliannya tujuan rancangan menjual aset UNISEL itu sebenarnya bermaksud untuk menutup kerugian berpuluh juta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh UNISEL sejak negeri tersebut diperintah oleh pakatan pembangkang.

Ini kerana berdasarkan laporan audit kewangan UNISEL yang ditandatangani oleh Khalid pada 27 Ogos 2011, keseluruhan kerugian yang dialami oleh UNISEL bagi tempoh 3 tahun (2008 - 2010) agak besar sehingga mencecah RM54.86 juta.

Seandainya aset tanah tersebut yang dikatakan bernilai RM30 juta itu berjaya dijual bermakna, sebahagian besar hutang UNISEL dapat ditutup sekaligus diharapkan dapat menyembunyikan kelemahan urus tadbir pemimpin pembangkang.

Mengikut beberapa sumber dalaman pula, jumlah kerugian tersebut antaranya turut disebabkan oleh peningkatan kos pengurusan universiti berkenaan apabila banyak jawatan tinggi berasaskan kuota politik diperkenalkan sejak Selangor diperintah oleh PR.

Bagaimanapun kerugian RM54.86 itu dipercayai belum termasuk lagi tunggakan pembayaran RM15 juta yang ditanggung oleh UNISEL berikutan kegagalannya membayar kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama sejak 17 bulan lalu dengan syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Sementara itu, apabila khalayak didedahkan dengan kerugian besar dan tanggungan hutang yang membebani UNISEL tika ini, banyak keraguan lain timbul mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk menunaikan janji pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini.

Dalam keadaan janji pendidikan percuma pun belum bermula dan baru sekadar menguruskan satu dua IPT pun sudah tidak berupaya menangani masalah hutang sehingga menimbulkan keresahan pelajar dan golongan pendidik, mampukah PR mencari sumber lain untuk menampung kos pendidikan percuma yang mereka war-warkan?

Kalau setakat jual tanah dan gadai aset bangunan sana sini sekadar untuk tampung kos pendidikan percuma, tiada gunanya kerana lama-kelamaan aset-aset bernilai akan habis jua dan selepas itu dari mana pula mahu dicari sumber kewangan?

Atau sememangnya sudah ada dalam perancangan mereka untuk menaikkan cukai pendaptan individu dan korporat kemudian kecilkan pula jumlah kakitangan awam semata-mata untuk menjayakan janji pendidikan percuma?

Sehingga kini tiada tanda atau petunjuk jelas mana-mana kerajaan negeri pimpinan PR yang berupaya menyediakan pendidikan percuma walaupun kolej dan universiti yang berada di bawah kelolaan mereka cuma satu atau dua buah sahaja.

Dalam keadaan demikian pun sudah berpuluh juta kerugian terpaksa ditanggung oleh pihak UNISEL tanpa penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, tidak syak lagi sekiranya pengundi memberi peluang pembangkang memerintah di peringkat pusat mahunya satu demi satu aset dijual dan akhirnya negara muflis macam Greece.

Nasharuddin's Issue: Proves Karpal Is Higher Than Anwar


For the first time, Anwarinas in PAS lost. They lost as they fail to influence the Syura Council to take disciplinary actions against Nasharuddin after being 'rude to DAP'.

We are well aware that Anwarinas in PAS is heading towards success in 'cleaning up' the influence of the Scholar group even up until the administration level. But, it seems, with Nasharuddin remaining in PAS, Anwarinas might face serious competition to maintain their power up to the top.

Previously, Anwarinas managed to sack Hassan Ali on the excuse that he broke PR's foundation. He was sacked for objecting the effort to stop Christians from converting Muslims out of Islam which is led by DAP and heavily criticizing Karpal Singh.

But, even with the same excuse used, there are still no discussion made against Nasharuddin when it is just about the same. Even general knew that even Anwar had moved the effort to convince the Syura Council to fire Nasharuddin.

It seems that Anwar's plan is ignored this time around when prior to this, everything that is done by PAS would need to go through Anwar first. No one knows why this time PAS ignored Anwar.

PAS probably realized the impact which could hit the party if they did take actions against Nasharuddin. The lesson which they learnt when they sacked Hassan Ali was that their party is even more important than Anwar. Even Karpal is more important than Anwar.

Only for criticizing DAP and Karpal, a PAS leader can be sacked but this time around, the same case was simply ignored even though it was what Anwar wanted.

That is the prove that Karpal or DAP is even higher than Anwar.

It is actually very easy to read Anwarinas's strategy. The post of Vice president which was 'given' to Mat Sabu is only temporary to open the door for Husam to be able to get the seat in the 59th Mutamar. Their calculation, Mat Sabu can never compete with Husan even if not many are really following Anwarinas.

Anwarinas had learn from their mistake when they did not compete but instead provided support for Mat Sabu. It was because they were scared that the vote for their group might break like what happened during the previous election.

Who knew what would happen to this strategy. It is not impossible that they might fail.