Tuesday, 7 August 2012

Strategi Pembangkang Reka Fitnah Kini Memakan Diri


Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad  mengenai penilaian para pembida proek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah  yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga  bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar  peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.

Tuesday, 31 July 2012

Siapa Haprak nie Yang Halau Orang Melayu pada 16 Mei 1969?


Baca seterusnya di sini

GEMPAR : MPSJ TINDAS KONTRAKTOR



Makin kalut......itulah gambaran yang dapat diluahkan terhadap arahan terbaru pihak pengurusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kepada kontraktor pembersihan yang mencari rezeki halal di MPSJ.....bukan untuk memudahkan malah menjerat nasib kontraktor bumiputera.

Manakan tidak....setelah berjaya memenangi kontrak pembersihan pihak MPSJ mengenakan pelbagai syarat sebelum kontraktor memulakan tugas mereka sebagai kontraktor pembersihan.

Kalau syarat yg dikenakan itu berkaitan dengan hal hal pelaksanaan kerja tak apalah juga, kontraktor memang faham dan akur dengan arahan berkenaan tambahan pula arahan berkenaan tertulis di dalam borang kontrak semasa kerja kerja membida kontrak dilakukan.

Tetapi, arahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan MPSJ iaitu mengenakan bayaran satu peratus sebagai wang pembiayaan perjanjian kontrak...amat amat diragui serta menimbulkan rasa tidak adil terhadap mereka.

Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ....malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor....

Baca seterusnya di sini.

Saturday, 28 July 2012

Azizan Tak Tahu Hubungkait Calon MB Dengan Isu Rakyat


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang terkenal dengan panas baran semalam melenting dengan Majlis Profesor Negara (MPN) apabila hasil kajian mereka yang membabitkan isu Pilihanraya Umum ke-13 tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. 

Sebaik dimaklumkan mengenai kajian tersebut, Azizan langsung tidak mengambil walau sesaat dari masanya untuk merenung dan memikirkan kenapa hasil kajian MPN menunjukkan yang sokongan rakyat Kedah sudah kembali kepada BN.  Azizan langsung tidak terfikir akan kemungkinan beliau benar-benar ada kelemahan, kesilapan, lemah dan tidak prihatin terhadap tuntutan rakyat sepertimana yang ditunjukkan oleh hasil kajian tersebut. 

Sebaliknya beliau pantas berkata isu yang dikaji termasuk memilih calon MB adalah remeh dan tidak sesuai difokuskan oleh golongan cerdik pandai.  Beliau juga merendah-rendahkan tahap pemikiran MPN serta secara sinis menuduh mereka diperalatkan oleh pihak BN.   Kata beliau, MPN seharusnya mengkaji isu yang lebih serius seperti masalah isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa. 

Sememangnya, meremehkan dan memperlekehkan orang lain sudah menjadi kewajiban bagi pemimpin PAS seolah-olah hanya mereka sahaja yang bijak lagi maksum di dunia ini.  Dan sudah menjadi kelaziman bagi pembangkang untuk menuduh apa saja yang tidak menyebelahi mereka sebagai alat atau didalangi BN. 

Kata beliau, "Ini suatu yang malang kerana golongan cerdik pandai sepatutnya mengkaji isu yang lebih serius.”

Tetapi, yang malang di sini ialah rakyat Kedah kerana mendapat Menteri Besar yang sudahlah tidak tahu dan tidak mampu berbuat apa-apa, sombong dan bongkak serta enggan bertanggungjawab atas apa saja.   Mudah sungguh menjadi MB nampaknya.  Hanya duduk goyang kaki, pekakkan telinga, butakan mata, tetapi buka mulut menengking sesiapa saja yang mengkritiknya. 

MPN bukan mewakili BN, jauh sekali bekerja untuk BN.  Kajian tentang calon MB membawa signifikan tersendiri bagi isu-isu serius yang disebut oleh Azizan iaitu isu rakyat, membangunkan negeri atau mempertahan kuasa.  Ini kerana, siapa MB yang dipilih akan menentukan sama ada isu-isu serius tersebut akan dapat ditangani dengan baik.  Jika tersilap memilih MB seperti Azizan, maka hasilnya pastilah seperti apa yang berlaku di Kedah hari ini. 

Masalah balak, air, pencemaran, madrasah, pelancongan, pelaburan, tanah rizab Melayu, KUIN telah puas diperkatakan sehinggakan rakyat yang terlibat secara langsung dengan isu-isu tersebut hampir putus asa sama sekali.  Kata mereka, tidak guna memberitahu MB kerana beliau hanya akan berkata semua sudah selesai. 

Secara realiti, apa yang selesainya?

Yang selesainya adalah wang negeri yang semakin hari semakin susut.  Tiada satu pun projek yang dicadang dan dicanang di bawah kerajaan PAS Kedah yang menjadi.  Cakap-cakap di bawah kedengaran berkata, bagaimana projek boleh menjadi jika diberi kepada puak-puak PAS yang tidak punya pengalaman, mahupun modal untuk melaksanakannya?

Begitulah malang sekali nasib rakyat Kedah kerana mendapat MB yang tidak faham pun akan hubungkait dirinya dengan isu-isu serius di kalangan rakyat. 

Hakikatnya, Azizan adalah MB yang buta IT dan beliau pastinya tidak dapat memahami bagaimana maklumat, termasuk perkara sulit boleh tersebar dan merebak dengan mudah.   Beliau tidak tahu bahawa rakyat punya akses untuk meneliti sendiri perkara-perkara yang dinyatakan atau dinafikannya.   Hanya dengan menepis dan menempelak orang lain tidak menjadikan beliau MB yang bijak. 

Dengan pengetahuan yang begitu cetek mengenai perihal negeri dan dunia, siapakah Azizan untuk memperkecilkan bijakpandai dalam MPN?

Friday, 20 July 2012

Kerajaan Selangor Ada Muslihat Politik Di Sebalik Krisis Air Di Selangor


Shah Alam - Usaha kerajaan Selangor untuk mengambil alih pengurusan air di negeri tersebut daripada Syabas Konsortium dilihat mempunyai muslihat politik tertentu memandangkan terdapat beberapa percanggahan dalam kenyataan kerajaan negeri dan senario sebenar yang berlaku dalam isu ini.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk M.Zin, berdasarkan kenyataan kerajaan negeri Selangor, antara punca-punca tindakan campur tangan itu terpaksa diambil ekoran beberapa kegagalan Syabas dalam menangani masalah air.

“Kerajaan negeri mendakwa Syabas gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus serta mendapati Syabas tidak melaksanakan kerja-kerja CAPEX (capital expenditure) atau perbelanjaan modal mereka dengan baik.

“Namun hakikat sebenarnya, CAPEX  itu sudah dihentikan dan tidak ada lagi sebarang peruntukkan terhadap CAPEX yang sepatutnya menyelenggarakan kerja-kerja membaik pulih paip-paip air di Selangor”

“Agak pelik apabila kerajaan negeri sendiri yang menamatkan CAPEX  tetapi selepas itu menyalahkan Syabas kerana tidak menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan paip-paip di Selangor,” ujar beliau.

Selain itu tambah beliau, syarikat Syabas hanyalah bertanggungjawab untuk kerja-kerja pengagihan air yang telah dirawat dan tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip itu pula telah diberikan kepada beberapa syarikat lain.

“Saya bukan nak menangkan Syabas tetapi adalah tidak logik menyalahkan syarikat tersebut di atas sesuatu yang bukannya tanggungjawab mereka. Malah, Syabas juga telah membuat laporan kepada kerajaan negeri tentang beberapa permasalahan air di Selangor, namun kerajaan negeri mengambil sikap acuh tak acuh.

“Ketika di bawah pemerintahan BN, kita telah berikan kontrak CAPEX sehingga tahun 2020 berjumlah lebih kurang tujuh bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan paip air di negeri Selangor. Tetapi apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menghentikan kontrak tersebut.

“Jadi, bagaimana syarikat yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut mahu menjalankan tugas mereka, apabila dana dan peruntukan untuk itu telah dihentikan?,” soal beliau.

Jelas beliau, Syabas telah diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membekukan kerja-kerja CAPEX   sehingga mendapat persetujuan semua pihak, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

Tambahnya, apabila perbelanjaan modal SYABAS dibekukan dalam tempoh yang lama tanpa ada sebarang persetujuan, maka kerja-kerja penggantian paip lama pun tidak boleh dijalankan.

Sebab itulah jelas beliau lagi paip lama yang kesemuanya berjumlah lebih 6000 kilometer tetapi  hanya 800 kilometer saja  yang dapat dibaiki.

“Bukan setakat penggantian paip lama tergendala, malah juga melibatkan penggantian meter, komunikasi paip, pemasangan penyaluran dan lain-lain.

“Dalam hal ini, yang menanggung akibat ini adalah rakyat Selangor. Syabas juga  dilihat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang efektif berpunca dari sekatan ini. Sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor melihat  Syabas gagal dalam kerja-kerjanya untuk  melaksanakan peningkatan perkhidmatan air,” ujar beliau lagi.

Jelas beliau, isu sebenarnya bukanlah tentang penyelenggaraan atau pengurusan, tetapi isunya ialah tentang kekurangan loji air di sekitar Selangor.

“Sekarang ini ada 36 buah loji di sekitar Selangor yang berfungsi membekalkan air di seluruh negeri ini.  Loji ini perlu ditambah selaras dengan peningkatan penduduk dan kawasan industri-industri yang bertambah. Jika tidak ditambah,  pembekalan air bagi 36 buah loji itu tidak akan mencukupi untuk membekalkan air  di seluruh Selangor.

“Sebagai contoh, gerabak keretapi. Apabila penumpang penuh dan berlebihan, apakah kita patut menukar pengurusan ataupun bertindak menambah gerabak bagi mengatasi masalah ini. Sudah tentulah kita perlu menambah gerabak bagi menyelesaikan masalah penumpang yang begitu ramai dan melebihi had.

“Begitulah jugalah dengan isu air ini. Loji perlu ditambah untuk menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat dan bukannya menukar sistem pengurusan. Jika tukar sistem pengurusan pun, ia takkan menyelesaikan apa-apa masalah kerana punca utamanya ialah kekurangan loji dan bukannya masalah pengurusan,” tegas beliau.

Mahu Kutip Sampah Pun Kelam Kabut, Ada Hati Nak Urus Air Di Selangor



Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan membidas kerajaan negeri Selangor kerana lebih sibuk mahu mencampuri hal pengurusan Syabas, daripada menumpukan usaha untuk menunaikan janji-janji pilihanraya mereka serta menambah baik sistem pentadbiran negeri Selangor yang kini dilihat semakin kucar kacir dan bercelaru.


Menurut beliau, tindakan pengambilalihan serta campur tangan kerajaan negeri dalam isu Syabas ini adalah semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada tertumpu kepada kegagalan kerajaan negeri,  dalam melaksanakan segala janji-janji dan manifesto mereka pada PRU yang lepas kepada rakyat di negeri ini.

“Kenapa kerajaan negeri Selangor sibuk-sibuk mahu ambil tahu tentang hal-hal pengurusan air, sedangkan mereka bukannya pakar dalam hal tersebut? Biarlah pakar yang uruskan hal itu. Masalah kutipan sampah pun masih tak dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri,  sekarang ada hati pula nak uruskan hal air yang menjadi perkara penting dalam kehidupan rakyat.

“Kalau sampah pun tak mampu nak kutip, bagaimana nak uruskan hal air yang sudah tentu perlukan kepakaran yang lebih besar dari hal-hal kutipan sampah. Tindakan kerajaan negeri ini kelak bakal mengundang masalah bagi rakyat Selangor. Silap-silap haribulan,  isu air di Selangor akan menjadi lebih kritikal seperti mana yang  berlaku Kelantan hari ini,” tegas beliau di sini hari ini.

Sepatutnya  menurut beliau, kerajaan negeri perlu menumpukan perhatian terhadap isu-isu rakyat yang sehingga kini masih banyak lagi isu-isu  permasalahan rakyat yang masih belum selesai.

“Selesaikan dulu permasalahan rakyat dan tak payah sibuk-sibuk mahu ambil alih Syabas dan biarkanlah mereka saja yang menguruskan hal air ini kerana Syabas merupakan syarikat yang pakar dalam hal-hal pengurusan air,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, lihat saja isu penyelewengan yang berlaku dalam isu Talam Corporation apabila kerajaan negeri mula campur tangan dengan alasan kononnya untuk membantu syarikat tersebut.

“Kita sebagai rakyat di negeri ini, tidak mahu isu air yang menjadi punca utama kehidupan manusia dipolitikkan oleh kerajaan negeri sehingga memberi kesan terhadap kehidupan dan kesihatan rakyat. Kita di Selangor tidak mahu menjadi seperti rakyat di Kelantan yang menderita dan kesusahan apabila krisis air yang berpanjangan itu masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan seolah-olah tiada kesudahannya.

“Kami  nasihatkan Tan Sri Khalid sebagai ketua kerajaan, agar tidak sibuk-sibuk dengan hal Syabas, sebaliknya tumpukanlah perhatian bagaimana untuk melaksanakan janji-janji mereka yang sehingga kini masih banyak yang tidak dapat ditunaikan lagi,” akhiri beliau.

Krisis Air Selangor : Jangan Jadikan Rakyat Mangsa Percaturan Politik



Kepimpinan Kerajaan Selangor tidak harus menjadikan krisis air yang melanda negeri itu sebagai modal politik  ketika suasana pilihan raya semakin hampir sehingga mengenepikan kepentingan rakyat.

Exco Wanita UMNO, Datuk Norhayati Tan Sri Onn, bekalan air adalah keperluan utama dan perkara sebegini tidak harus dipolitikkan kerana bukan sahaja akan menimbulkan kesulitan kepada rakyat malah boleh merencatkan pembangunan di negeri berkenaan.

“Semakin hampir dengan pilihan raya, kerajaan Selangor  cubamenggunakan isu masalah bekalan air sebagai modal politik mereka, dalam pada itu mereka turut menuding jari kepada kerajaan pusat yang menjadi punca kepada kemelut itu.

“Kerajaan pusat tidak harus dipersalahkan dalam perkara ini, kerana beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah berkenanan termasuk cadangan pembinaan Projek Rawatan Air Langat 2.

“Tetapi sehingga kini kerajaan negeri berdolak-dalik berhubung isu berkenaan sehingga tidak membenarkan projek berkenaan dilaksanakan, ini semua adalah bermotifkan politik sehingga sanggup mengadaikan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Selangor mengingatkan kerajaan negeri supaya akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu air tidak dipolitikkan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu.

“Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menghormati titah Sultan dan tidak menjadi masalah yang berlaku untuk kepentingan politik kerana yang bakal menerima kesannya dalah rakyat kerana ia adalah air adalah keperluan asas.

“Keadaan di Selangor semakin meruncing dan menimbulkan keresahan kepada rakyat, perkara ini perlu diselesaikan segera dan jangan dibiarkan berlarutan hanya disebebkan pemikiran sempit politik pembangkang yang mempergunakan keperitan rakyat sebagai modal mereka,” katanya.

Menurutnya, isu air ini perlu diselesaikan dengan segera dan duduk semeja dengan kerajaan pusat bagi mengatasi masalah berkenaan bukannya menegakkan keegoaan yang akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.