Monday, 4 June 2012

Sampah Selangor: Kebajikan dan Keselamatan Rakyat Dipandang Ringan


Shah Alam, 4 Jun- Masalah sampah di Selangor bukanlah sesuatu yang baru. Seperti biasa, pemimpin Kerajaan Pakatan lebih suka mempolitikkan sesuatu isu dari berkhidmat kepada rakyat, maka isu yang melibatkan kebajikan dan keselamatan rakyat dipandang ringan sahaja.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohamed Zin Mohamed berkata, hari ini  kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri memperuntukan beberapa buah lori sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dalam menangani masalah sampah ini. Sekali lagi, tindakan Kerajaan Negeri ini yang hanya retorik dan bermain politik semata-mata menjelang Pilihanraya akan datang.

“Bagaimanapun, sebagai rakyat yang bersyukur, kami tetap ingin mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri yang memberikan lori sampah hanya di kawasan Shah Alam sedangkan melalui Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional Selangor, kami menerima berpuluh aduan mengenai masalah sampah yang tidak selesai dan majoritinya berlaku di luar Shah Alam seperti Klang dan Kota Raja. Tindakan Kerajaan Negeri juga boleh dianggap membazir dan hanya memenuhkan poket kroni sahaja apabila lori-lori sampah sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya apabila mereka menamatkan konsesi tersebut.

Masalah sampah, longkang tersumbat dan semak samun terutamanya di kawasan projek terbengkalai mengakibatkan masalah lain timbul seperti kes demam denggi yang meningkat dengan begitu singnifikan sekali. Penafian bahawa isu sambah bukanlah punca masalah denggi di Selangor oleh pemimpin Pakatan menunjukkan bahawa mereka masih lagi cuba bermain politik dan mengelirukan rakyat. Semua kita maklum bahawa kawasan sampah yang tidah diselia boleh menjadi punca pembiakan nyamuk. Fakta sahih ini pun masih lagi cuba dinafikan oleh pemimpin Kerajaan Negeri,” ujarnya dalam satu sidang media isu-isu semasa Selangor petang tadi.

Hakikatnya, jika masalah ini dikatakan berjaya ditangani oleh Kerajaan Negeri, kenapa PAKAR masih menerima aduan dari rakyat Selangor mengenai isu ini. Bagi pihak Barisan Nasional, PAKAR turut menghantar surat kepada pihak PBT bersama-sama dengan maklumat aduan agar tindakan boleh dilakukan dengan segera demi kepentingan rakyat.

Salinan surat yang dihantar akan turut diberikan kepada pengadu sebagai bukti bahawa tindakan telah diambil. Terpulang kepada pihak Kerajaan Negeri samada masih ingin bermain politik atau bersungguh-sungguh berkhidmat kepada rakyat.

“Sehubungan dengan itu, Barisan Nasional berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik dan tidak memandang ringan soal keselamatan dan kebajikan rakyat. Kelekaan dan sikap acuh tidak acuh Kerajaan Negeri ini sebenarnya boleh mengundang padah apabila wabak penyakit mula timbul sehingga mampu meragut nyawa,” ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. - malaysianview

Saturday, 2 June 2012

Pakatan Rakyat (PR) Perlu Minta Maaf Pada Shahrizat


Keputusan siasatan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam sebarang proses pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) serta pinjaman RM250 juta.

Sehubungan dengan itu siasatan terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditutup kerana tiada kes selepas terbukti beliau tidak terbabit dalam sebarang penyalahgunaan kuasa.

Dengan perkembangan terbaru ini sepatutnya pemimpin PR perlu berani tampil ke depan untuk meminta maaf setidak-tidaknya dapat menonjolkan masih ada sekelumit rasa insaf dalam hati selepas berbulan-bulan Shahrizat dijadikan punching beg.

Kalut isu NFC mula berkumandang selama beberapa bulan semuanya gara-gara kegilaan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang yang lain menyalahtafsir teguran penambahbaikan yang disediakan dalam laporan Audit 2010.

Setelah hampir 8 bulan imejnya di calarkan dengan cerita sensasi dan maruahnya diperkotak katikkan oleh pembangkang dengan tuduhan rasuah serta salahguna kuasa, akhirnya kebenaran muncul mengatasi pembohongan dan kebatilan.

Kini Shahrizat sudah boleh bernafas lega kerana kekalutan dan onak duri yang ditabur oleh Rafizi sudah berjaya diharungi. Bukan calang-calang wanita yang masih mampu berdiri sekalipun bertubi-tubi 'di tendang' oleh orang lelaki.

Namun kesan calar dan kerosakan maruah serta kredibiliti diri yang terguris tetap perlu mendapat pembelaan yang setimpal. Rafizi tetap perlu diajar erti keperitan menerima balasan diatas sikap galaknya bermain persepsi serta memfitnah sesuka hati.

Shahrizat jangan sesekali berundur daripada tindakannya menyaman Rafizi dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain. Biarkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan.

Oppositions' Debate Series Are Rubbish


It seems like the opposition is on a role in their debating season now.

They would bring up just about any issue so that they could spread it to the public.

They also invited UMNO representatives to discuss upon a few issues - the last issue was about the opposition's proposal in abolishing PTPTN which was done between UMNO Youth Chief, Khairy Jamaluddin (KJ) and PKR's Strategy Chief, Rafizi Ramli.

As everyone had witnessed, along the debating series, only Rafizi is involved.
Where is Shamsul Iskandar Mohd Akin who is the Chief of AMK as he is the one who is supposed to be debating with KJ as a political colleague who is holding the position which is as same as his?

Is this the proof that Rafizi is indeed Anwar Ibrahim's golden boy as he gets all the limelight, leaving Shamsul with nothing? Well, it is clear now.

Obviously, for the opposition supporters, they think that they should win every each one of the debating series, even if UMNO had given factual and concrete points to justify their arguments.

The opposition seemed to be astonished with the debate concept that are held during the elections in America and Britain. To them, that is the peak of maturity in a democratic system.

But as for the debate that are held by the opposition here in this country, the only reason why they organize those debates are just to tarnish the Prime Minister's image and to insult his administration.

That is their intention. That is all there is.

They are just sessions of constant insults and accusations to the government, PM and that they also provide empty promises to those who are listening.

The opposition are nothing. They only talk and they never really find any way to actually fulfill their promises.

Another weird matter that really showed how stupid the opposition really is, especially its leaders such as Anwar and Nik Aziz Nik Mat is when they talked about the issue of Malay unity.

The opposition seemed to be really exited to ask for UMNO to debate with them, but when UMNO had agreed to organize a muzakarah with PAS. Nik Aziz started to give excuses and then left the matter just like that.

PAS knew that if the muzakarah is held, their dirty secrets will be leaked just like that.

One of them can be seen through history on how PAS was formed. When Haji Ahmad Fuad Hassan (he was the Religious Biro Chairman in UMNO then) lost in a competition against Tunku Abdul Rahma Putra Alhaj for the position of President of UMNO after Dato' Onn Ja'afar left the party.

In short, PAS was formed due to the greed for power that its leader had back then, and the exact actions was the real reason why Malays fail to unite in Tanah Melayu back then.

PAS cannot handle that fact, that is why they said no to the muzakarah.
So, to cover the issue of the fact that PAS was the reason why Malays fail to unite, they then got together with PKR and DAP to organize series of debates on various issues but Malay unity.

It's not just that they are crazy for power, PAS also has this 61 year-old vengeance when their first leader actually lost an election

WWW1 - Jawapan Untuk RPK

WALAUPUN tidak secara terang atau secara terus seperti Nizar, artikel Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk Why is the Sultan so stupid? yang secara jelas mengkritik dan menghina tindakan DYMM Sultan Johor membida untuk mendapatkan nombor plat WWW1 itu memang tidak sepatutnya terlepas dari kecaman seluruh rakyat kita.

Idea yang diberikan RPK agar Sultan Johor meminta bantuan Datuk Seri Hishamudin dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hak memiliki nombor tersebut secara percuma (tanpa perlu membida), secara jelas adalah satu penghinaan yang dibuat secara terang.

Tidakkah terfikir oleh RPK kalau Sultan Johor meminta nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda, rakyat akan kehilangan hasil sebanyak lebih RM 500,000?  Tidak terfikirkah oleh Raja Petra bahawa bukan baginda seorang sahaja yang ingin menggunakan nombor tersebut, dan adakah adil kepada pihak-pihak lain yang mengintai peluang sama jika nombor itu diberikan secara percuma kepada baginda?

Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka gagal menggunakan nombor tersebut kerana tidak berupaya membida dengan harga lebih tinggi.

Isu initidak sepatutnya menjadi isu kalau bukan dibangkitkan oleh melayu derhaka bernama Nizar Jamaludin.  Entah apa dibisikkan DAP di telinga Nizar sehingga dia tidak segan silu menghasut rakyat supaya membenci institusi beraja di negara ini – buat kesekian kalinya dengan menjadikan bidaan nombor plat ini sebagai alasan.

Kali pertama sudah tentulah ‘sembah derhaka’nya ketika mempertikai tindakan DYMM Sultan Perak menolak permohonannya untuk membubarkan DUN Perak pada 2009.

Jadi alasan RPK bahawa rakyat tidak mempertikaikan soal pembelian ini dari segi pembaziran yang konon dilakukan Sultan Johor, adalah tidak benar sama sekali.  Kalau diikuti betul-betul Twitter Nizar, jelaslah dia memang mahu rakyat membenci Sultan Johor kerana menggunakan ‘wang rakyat’ sebanyak itu untuk membida nombor tersebut.

Sedangkan  hakikatnya Sultan Johor tidak menggunakan wang rakyat, sebaliknya wang baginda sendiri untuk tujuan itu.  Mesej inilah yang disampaikan Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail, sebaik Twitter derhaka Nizar mula menjadi isu nasional.

Sebenarnya, inilah yang Nizar mahukan.  Komen-komen dan pandangan negatif seumpama inilah yang mahu diterapkan Nizar di pemikiran rakyat Malaysia.  Ini hanya permulaan kepada agenda yang lebih besar iaitu menubuhkan sebuah Republik Malaysia.

Kebetulan, selepas pilihanraya 2008 lebih ramai rakyat di negara ini semakin lupa asal usul masing-masing, termasuk kenapa mereka memiliki kerakyatan automatik walaupun dari sejarahnya mereka bukanlah penduduk asal negara ini – sekurang-kurangnya selepas sistem berkerajaan wujud di negara ini.

Sebab itu timbal balik kepada ganti kerakyatan automatik iaitu menerima sistem beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (sekadar menyebut beberapa), semakin tidak dipedulikan.  Yang depa tahu, asal ibu bapa warganegara Malaysia, secara automatik mereka juga warganegara Malaysia.

Itulah yang membawa kepada beberapa tindakan kurang ajar seperti menghina sistem beraja negara ini dengan menggunakan segelintir ‘melayu sesat’ sebagai kuda tunggangan, nak buat sendiri takut pulak.

Kebetulan, Nizar adalah antara beberapa kerat melayu yang sanggup jadi alat DAP untuk melaksanakan agenda republik yang tersirat disebalik slogan Malaysian Malaysianya.

Nafilah sebanyak manapun, memang itulah agendanya.  Peluang dan kesempatan dari kebebasan menggunakan internet di negara ini, digunakan sebaik mungkin untuk menghasut pemikiran generasi muda hari ini agar menolak sistem raja berpelembagaan melalui tindakan seumpama ini.

Sebagai manusia yang tidak bernegara, RPK memang boleh semahu-mahunya mengkritik sistem di Malaysia ini dari jauh.  Tapi tindakannya itu secara jelas adalah perbuatan seorang pengecut dan lebih kepada penghasut.

Friday, 1 June 2012

Himpunan 100K PAS: Penentu Arah Tuju PAS dan Nasib Azizan



Hari ini, 1 Jun 2012, PAS dijadualkan mengadakan Himpunan 100,000 di Alor Setar, Kedah bermula pada jam 4.30 petang sehingga ke malam.  Antara aturcara yang diwar-warkan di internet ialah kemunculan penyanyi Aisyah dan pelawak Bob Lokman.  

Mulanya program  ini disebut sebagai Himpunan Raksaksa, tetapi kemudiannya ditukar kepada Himpunan 100K PAS, pastinya setelah mereka kembali berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa percubaan menyaingi perhimpunan raksaksa ulangtahun ke-66 UMNO baru-baru ini adalah mustahil sama sekali.   Justeru, bagi mengelak malu, adalah lebih baik nama Himpunan ini ditukar sejak awal. 

Kebimbangan PAS sekiranya jumlah hadirin tidak menepati sasaran sememangnya berasas.  Ini kerana, program-program anjuran pakatan pembangkang akhir-akhir ini mengalami kemerosotan yang agak drastik dari segi jumlah hadirin.  Malah pemimpin ‘selebriti’ mereka seperti Anwar atau Mat Sabu juga gagal mengumpan hadirin. 

Ditambah dengan  pendedahan yang bertali arus mengenai salahlaku pemimpin mereka, pembangkang benar-benar tertekan sehingga memaksa ‘Ulama-ulama’ mereka mengeluarkan berbagai-bagai jenis fatwa sesat bagi menghalalkan atau menutup perbuatan tersebut.  Fatwa-fatwa sesat yang diharapkan dapat menyelamatkan mereka, nampaknya memakan diri sendiri apabila ia disangkal oleh Ulama-ulama tersohor termasuk Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram. 

Semua ini membuatkan moral penyokong-penyokong mereka jatuh dan tidak kurang juga yang mula menyimpan niat untuk tidak lagi menyokong PAS atau pembangkang dalam PRU yang akan datang. 

Justeru, Himpunan 100K ini diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk menghadapi pilihanraya ini.   Sama ada jumlah tersebut mampu dicapai, tidak dapat dipastikan.  Stadium Darul Aman mempunyai kapasiti penonton berjumlah 32,387 dengan semuanya berkerusi.  Ini bermakna ramai yang akan terpaksa duduk di lantai dan di tengah padang jika benar yang hadir ialah 100,000 orang. 

Setakat artikel ini ditulis, kelihatan 4 – 5 buah bas di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar.   Beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Alor Setar juga dilihat menerima ‘tetamu’ dalam jumlah satu-dua biji bas, yang mungkin berehat atau bermalam di situ semalam semata-mata untuk menghadiri himpunan ini. 

PAS telah menyebarkan risalah perhimpunan ini jauh lebih awal.  Masjid-masjid dan surau-surau juga rancak mempromosi program ini sejak ia mula diumumkan. 

Pada 12 Mei lalu, ketika Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah berkata, “Stadium kita punya, saya Pengerusi takut apa. Dulu kita buat ceramah belakang rumah kat kampung kita, depa halau macam samseng.  Sekarang kita pegang.”

Menurut Azizan, UMNO sekarang yang dalam keadaan bimbang untuk mengadakan Pilihanraya.

Kita faham bahawa kenyataan Azizan di atas adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong yang semakin ‘cuak’ dengan perkembangan poolitik akhir-akhir ini.   Hakikatnya, Azizan tersangat  ‘cuak’ dan begitu juga pemimpin PAS secara keseluruhannya.   Jika tidak kerana bimbang atau ‘cuak’, tidak mungkin Hadi Awang akan mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini.  Desas-desus dari dalam PAS juga kedengaran bahawa Azizan juga belum tentu akan bertanding lagi kali ini.   

Hanya penyokong-penyokong yang sama bingung dengan Nik Aziz sahaja yang masih bermimpi konon PAS mampu ke Putrajaya dan duduk sama tinggi dengan Anwar ataupun Kit Siang.

PAS melihat Himpunan 100K ini sebagai kayu-ukur kekuatan parti amnya, dan Azizan khasnya, dalam menghadapi PRU yang akan datang.  Dengan isu-isu Negara Islam, Hudud dan Perdana Menteri bukan Melayu masih menjadi tanda-tanya, maka himpunan ini diharap dapat memberi jawapan kepada ke mana arah tuju PAS  dalam Pakatan Rakyat. 

Jika Himpunan ini gagal mencapai sasaran maka beberapa langkah drastik perlu dilakukan oleh PAS bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka.  Antara langkah tersebut juga mungkin termasuk pengunduran Azizan.

Justeru, Himpunan ini bukan sahaja menjadi penentu arah tuju PAS tetapi juga Azizan.

4 MP PKR Nyawa-Nyawa Ikan ….


Benarkah PRU13 dah nak dekat, kalau betul dah nak dekat, 4 MP dari PKR nie bolehlah hantar resume untuk cari kerja lain sebab 4 nama nie, kebarangkalian besar nak di ‘nyahkan’ sebagai calon PKR pada PRU13 nie…

1 Penang, 3 lagi dari Selangor… Apa salah mereka? Salah seorang MP PKR nie memang hebat orangnya, berkreabiliti dan matang walaupun usianya masih muda (tapi ada hati nak patahkan kaki Sahabat-Gunung)… ahak-ahak…. – gurau ajer.

Takpelah, kita tunggu maklumat-maklumat terkini ‘pasaran saham calon PR’…. Siapa lobi dan sanggup bertaruh lebih, pastinya akan dapat tempat.

Sumber: Sahabat-Gunung

Even DAP Is Not Free From Corruption And Power Abuse


The fact that almost everyone might have forgotten, DAP is just as same as any other political parties in this country. The reason why they exist is to form a government and to promote their agenda. If PAS is proud with its fight for Islam, DAP in the other hand, promotes integrity and clarity and any other words so that it could exist.

Even though their real intention is to build a government with a Chinese as a leader.

From there, it is not surprising when one of their State Assemblyman (ADUN) DAP for Kg Tunku in Selangor, Lau Weng Sen recently had a police report battle with one of his assistant regarding criminal breach of trust-CBT which involves quite a sum of money.

The story, in writer's point of view, is easy. The amount of money that was involved was not that big, only RM5,000. The story mentioned as if the money somehow failed to be deposited into the account of the ADUN by his assistant. But the assistant denied the claim. Why make a fuss out of it? If it is true that the money has been deposited? Show the record. Why lodge police report?

Obviously when police report was made, they are trying to show that this is a serious case and that they want to hide something from the rakyat. And just like any other preparations for legal actions, police report has to be made. As an ADUN from DAP who is swamped with lawyers, Weng Sen is aware of this.

In a way, the police report is one of the ways to protect Weng Sen from other claims that might hit him later. It does not mean that he is being transparent.

Information that writer has received said that, the RM5,000 was a form of contribution given by a construction company for Weng San's 'service' in getting them one of the projects in Selangor. The same source also said to writer that the amount is a lot bigger but it was given in stages through Weng Sen's representative, Dariff Din.

Another one of Weng Sen's assistant who was involved is known as Evelyn Gan, but the woman was fired since last April on the claim of embezzling money that were supposed to be given to Weng Sen.

The reason why writer brought this up is to mention to rakyat DAP is not free from corruption and power abuse. The do not have to go around telling that they are free from those things. They did the same thing that people had been accusing UMNO of doing (which majority of the claims did not have enough evidence in Court).

Maybe the RM5,000 might have gone into Weng Sen's account with the rest going into DAP's account. The crime of CBT is not as big as others, but it is still a crime. Today it may just involve an ADUN with his assistant, who knows what would happen in the future if rakyat give them power to lead the country.

Obviously, by then, RM5,000 is nothing to them.

This is not surprising because the case of the death of Teoh Beng Hock (suicide), has revealed how unclean DAP is to fill up their account. Few of them include covering the cost for Class F projects that is made specially for Bumiputera contractors and then taking most of the profit of those projects to fill up the party's account.

Those are the ones which have been told, who know what other things that they are hiding in their pockets.