Wednesday, 18 February 2015

Peribahasa Baru 2015



Palanivel Perlu DiPECAT


MIC Bergelut, presidennya yang juga Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar ugut nak saman ROS sebab masalah parti yang ditunjanginya.

Apa salah ROS? Dia buat kerja dier, macam gak dengan DAP .... ROS ambil tindakan yang sama.

Gua piker Najib perlu abaikan mamat gila kuasa nie, pecat sahaja dia sebagai Menteri ...

Sebagai menteri, dia wajar dan bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan agensi-agensi kerajaan seperti ROS.

Bak kata kawan haprak aku..... kalau menteri pun tak boleh jaga nama baik agensi kerajaan, dia sendiri ugut nak saman ROS, macammana nak suruh rakyat dan masyarakat nak hormati agensi kerajaan yang ada.


#PecatPalanivel. 

Propaganda Karut & Retorik


Monday, 21 July 2014

NegaraKU Hanya Wayang Lama Yang Guna Nama Baru


Guna jer nama lain, tetapi hakikatnya ... tujuan penubuhan NGO Negaraku ini, wayangnya sama jer macam NGO Bersih ....

Kewujudan NGO Negara-Ku yang baru ditubuhkan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang pada beliau, ianya tidak lain hanyalah untuk menyambung peranan NGO sebelumnya seperti Bersih dan  Interfaith Council (IFC), yang cuba mendesak rakyat menerima pemikiran liberal yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini


Kononnya NGO yang diberi nama Negara-Ku itu kononnya untuk memperlihatkan sebagai satu NGO yang patriotik,  bagaimanapun harus diteliti senarai objektifnya yang sebenar termasuk cabang-cabang matlamat dan objektif dalam kegiatan mereka di dalam negara ini.

Friday, 23 May 2014

AYAM Dari China Bermaharalela Di Jalan Pudu


Ini bukan ChinaTown.....

Ini di Jalan Pudu, tapi gayanya macam dah macam kat negara China.... `ayam-ayam hidup' bertenggek tanpa di`ancam' penguatkuasaan.

Adakah pihak POLIS atau pihak DBKL dah `buta', memekak telinga untuk tengok jer apa yang berlaku di kawasan-kawasan segitiga emas nie .....

ayam-ayam nie relax jer meniagakan tubuh badan mereka yang mengiurkan .....

Adakah business body nie dah dihalalkan di Malaysia ....


Sajer-jer tanya.....

Tuesday, 14 January 2014

Nalla Cabar Anwar Untuk Teruskan Saman Fitnah



Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut ahli dewan negara itu, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.

Nala di dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata, sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.

"Mahkamah adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia Anwar. Sebab itu dalam perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru. Nalla berkata beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar  untuk menjadi pemimpin pembangkang. Beliau juga menggesa pemimpin PAS, Datuk Nik Aziz, untuk mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi pemimpin islam

"Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual, Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi saya tidak. Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman), jika dia adalah orang yang di pihak benar. "

"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara ini," katanya. 

Ekoran kenyataan itu, pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012.

Menurut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.

Paling menarik apabila banyak pihak sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini hanyalah merupakan gimik dan sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat. Mereka juga turut melahirkan keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat akhir.

Malah apabila diteliti semua tindakan yang dilakukan sebelum ini, ternyata ia menepati seperti yang diramalkan itu. Contohnya kes saman fitnah Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah ditarik balik dan direkodkan untuk penyelesaian di luar mahkamah.

Begitu juga dengan dua saman fitnah yang difailkan olehnya sebelum ini terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut diselesaikan di luar mahkamah.

Persoalannya apakah Anwar berani untuk meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia juga akan ditarik kembali pada saat-saat akhir. Bak kata pepatah ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’.


Pemecatan Azmin : Tidak Layak Atau Wujud Konspirasi Terancang


Laporan penyingkiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi antara topik hangat yang diperkatakan ketika ini. Ada yang mengatakan keretakan hubungan antara Azmin dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim adalah merupakan punca kepada pemecatan itu.

Malah tidak kurang juga yang mengatakan, ia adalah merupakan antara usaha Khalid untuk memastikan pengaruh politik Azmin dapat dikurangkan. Azmin ketika dihubungi bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu, mengesahkan telah pun menerima surat mengenainya.

Walau bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, sebaliknya menyatakan akan membuat pengumuman mengenainya pada mesyuarat lembaga pengarah PKNS yang akan dipengerusikan oleh Khalid, 20 Januari ini.

Polemik perebutan kuasa antara Azmin dan Khalid bukanlah perkara yang asing khususnya di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. Malah Azmin sebelum ini dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melibatkan beberapa isu tertentu.

Kali terakhir Azmin mengkritik pentadbiran Abdul Khalid ialah pada 28 November lalu apabila beliau menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014, selain menganggapnya itu terlalu tinggi dan perlu ditangguhkan.

Malah, sebelum itu, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor dilaporkan bertindak melalui kelab itu mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, difahamkan pergeseran antara Azmin dan Abdul Khalid telah bermula sejak 2010 lagi apabila Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan Pengerusi PKR Selangor daripada Abdul Khalid.

Di kalangan penyokong Azmin, mereka merasakan Menteri Besar Selangor itu dilihat sebagai lemah dan tidak layak untuk menerajui kerajaan negeri. Manakala di pihak Khalid pula, mereka melihat Azmin sebagai pengacau kerana cuba memonopoli kepimpinan PKR.

Mungkin disebabkan faktor itu juga, Khalid baru-baru ini ada membayangkan akan turut bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan PKR Mei ini. Sekiranya tiada calon lain yang berminat untuk menawarkan diri, pertandingan itu bakal menjadi medan penentu bagi mengukur kekuatan antara mereka. 
Walaupun ada yang mengatakan Azmin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah untuk kekal sebagai Timbalan Presiden, namun faktor sokongan Wan Azizah tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana Wan Azizah juga mempunyai ramai penyokong setia yang jelas tidak berkenan dengan watak dan peribadi Azmin.

Malah ketika PKR berdepan dengan kemelut untuk melantik Menteri Besar Selangor, ‘suara’ Azizah ternyata berjaya untuk menyingkirkan Azmin. Walaupun menurut sumber, Anwar sebelum ini telah bersetuju dan berjanji untuk melantik ‘anak emasnya’ itu bagi menggantikan Khalid.

Persoalannya apakah pemecatan ini disebabkan Azmin memang tidak layak atau sememangnya wujud campur tangan pihak tertentu untuk menyingkirkannya?